Dah Tak Boleh Pilih Kurier Kegemaran Di Shopee Mulai 17 Jun! Tapi, Kenapaaa?

GAYA HIDUP
June 03, 2021 - 04:40 PM


Pembelian dalam talian memang tidak dapat dinafikan menjadi satu tabiat baru, yang kalau pada situasi lebih selamat, dan mudah. Kadang kala, membeli dalam talian juga menjaminkan harga yang lebih murah, dan berpatutan, berbanding berbelanja di pusat membeli belah. 

Bagi korang yang dah biasa berbelanja dalam talian tu, mesti korang pun dah ada syarikat kurier yang menajdi kegemaran korang. Ada kurier yang siap boleh hantar pada hari cuti, ada yang dikatakan satu hari pun dah boleh sampai kalau barang tempatan, ada pula yang menjaga kualiti penghantaran, jadi hantar kaca sekalipun tak akan pecah. 

Jadi sekarang ni, kalau berbelanja di Shopee, korang masih boleh buat pilihan sama ada nak pilih syarikat kurier yang mana menjadi pilihan korang, walaupun ada sesetengah kurier yang lebih mahal sedikit, tetapi, mesti ada diantara korang yang sanggup bayar kan? 

Tapi, dukacita dimaklumkan, Shopee tidak akan lagi memberikan pilihan syarikat kurier untuk korang pilih mulai 17 Jun 2021. Sebaliknya, korang hanya diberikan pilihan untuk memilih sama ada Standard Delivery, Economy Delivery dan Lain-lain, tiada lagi pilihan spesifik syarikat kurier. 

Menurut Shopee, langkah tersebut diambil bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan logistik. Standard Delivery adalah pilihan untuk penghantaran dibuat melalui syarikat kurier pilihan Shopee (bukan pilihan korang tau), dan Economy Delovery merupakan sistem penghantaran sea delivery