"Datang Pakai Topeng, Kami Ukur Ikut Kelayakan Bukan Kecantikan!" - Syarikat Guna Cara Pelik Untuk Temu Duga

GAYA HIDUP
February 15, 2023 - 05:25 PM


Sebuah syarikat di Chengdu, China menjadi perhatian ramai kerana meminta calon temu duga memakai topeng bagi mengelakkan diskriminasi berdasarkan paras rupa, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Chengdu Ant Logistics menjadi tajuk utama berita selepas klip video memaparkan proses temu duga syarikat logistik berkenaan tular di media sosial China baru-baru ini.

Video dirakam oleh salah seorang calon itu memaparkan sebilangan pemohon menanti untuk ditemu duga sambil memakai topeng.

Pegawai sumber manusia dan eksekutif syarikat juga dilaporkan memakai topeng muka.

Syarikat tersebut ketika mengulas mengenai video itu berkata, ia dirakam ketika pameran pengambilan pekerja dwitahunan,  manakala pemakaian topeng muka diperkenalkan untuk mengelakkan keputusan berat sebelah berdasarkan paras rupa.

Tambah Chengdu Ant Logistics, kaedah luar biasa pengambilan pekerja itu dilaksanakan bagi mengurangkan tekanan kepada  calon serta menekankan fakta bahawa syarikat itu menghargai kebolehan individu  berbanding penampilan mereka.

Video itu menjadi tular dan menerima banyak respons positif  orang ramai yang mengaku bahawa  mereka tidak kisah sekiranya diminta memakai topeng ketika ditemu duga.

Destination: