Drone GP Kembali Ke Malaysia…

September 27, 2017 - 04:09 PM


Dikatakan yang terawal untuk mengadakan perlumbaan seumpamanya, MyDroneGp.com kini berkolaborasi bersama beberapa agensi kerajaan seperti Yayasan Inovasi Malaysia, MOSTI serta beberapa agensi korporat membawa semula perlumbaan drone ke Malaysia.

Untuk edisi 2017 ini, perlumbaan drone ini akan diadakan di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil bersempena dengan NICE Expo ’17.

Expo yang diadakan ini diadakan sebagai platform bagi penyelidik dan pendidik untuk menyampaikan hasil kerja yang berkaitan dengan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) kepada orang ramai. Ekspo ini akan diadakan pada 12-16 Oktober 2017 di Technology Park Malaysia.

Salah satu acara yang menjadi perhatian pada event tersebut nanti adalah Drone GP 2017. Dimana terdapat 2 kategori perlumbaan drone iaitu mini class dan x-class.

Perbezaan kedua-dua kategori boleh dilihat di sini :

Yuran Perlumbaan :

Peserta Malaysia : RM100 per category (Percuma dengan subsidi YIM)

Peserta Antarabangsa : USD 50 per category

 

Bagi yang berminat untuk menyertai perlumbaan ini, ataupun mempunyai persoalan lebih lanjut berkenaan Drone GP ni, bolehlah ke laman web mereka.

 

Sumber : MyDroneGp