IKEA Mula Perkenalkan Perkhidmatan Sewaan Perabot Mac Nanti

GAYA HIDUP
February 12, 2019 - 01:16 PM


Dalam usaha mempelbagaikan lagi perkhidmatan yang sedia ada, IKEA dalam perancangan untuk menawarkan perkhidmatan sewaan perabot kepada pelanggan.

Ye, selepas ini anda boleh SEWA perabot IKEA. Lepas ni bolehlah setiap bulan bertukar-tukar perabot

Perkihdmatan sewa perabot IKEA ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif IKEA, Torbjorn Loof.

Walaubagaimanapun, ia masih dalam proses pemantauan dan dilaksanakan di ibu pejabat IKEA di Sweden sahaja setakat ini.

Untuk peringkat permulaan ini, IKEA hanya membenarkan sewaan meja dan kerusi sahaja dan pengguna boleh menyewa perabot Ikea untuk tempoh tertentu.

Setelah tamat tempoh sewaan, perabot tersebut hendaklah dihantar semula sebelum dibenarkan untuk memilih perabot lain untuk disewa.

Menarik kan? Harap eksperimen IKEA ini berjaya dan boleh diorang perkenalkan kesemua pasaran termasuklah Malaysia.

Yahuu, kalau betul… boleh lah sewa kerusi baru untuk raya nanti. Hehehe.