"Ini Kedah Baq Hang, Bukan New York!" - Model "Belanja" Dada Ketika Kedah Fashion Week Dikecam

GAYA HIDUP
August 10, 2022 - 05:08 PM


Penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) akan dikenakan tindakan termasuk dipanggil untuk memberi penjelasan selepas seorang model tampil menggayakan pakaian mencolok mata pada acara tersebut.

Semakan awal mendapati pihak penganjur tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pada Selasa, tular di media sosial beberapa gambar model wanita yang berpakaian mencolok mata ketika acara KFW22 berlangsung di pusat membeli-belah Aman Central selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.

Gambar yang tular itu mendapat kecaman daripada orang ramai terutama netizen di media sosial yang mempersoalkan penganjuran program berkenaan dengan kerajaan negeri yang diterajui Pas susulan bertentangan dengan syariat Islam.

Destination: