International Boh! Netizen Kagum UAI Terangkan Ibadah Korban Dalam Bahasa Inggeris!

GAYA HIDUP
July 12, 2022 - 05:01 PM


Seluruh umat Islam di Malaysia baru sahahaja menyambut Hari Raya Aidiladha semalam dengan cukup meriah dan harmoni. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak lepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan juga menjalani ibadah korban.

Seperti biasa, mengedarkan daging hasil korban di kalangan masyarakat antara perkara yang ditunggu-tunggu. Baru-baru ini, viral satu video di media sosial dimana dua orang minah saleh bertanya tentang ibadah korban.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Ustaz Azhar Idrus secara tenang dan santai cuba menjawab soalan daripada minah saleh tersebut berhubung ibadah korban dan menjelaskan kenapa ia dilakukan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa bangga kerana Ustaz Azhar Idrus berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik. Molek boh!

Destination: