Jabatan Kesihatan Terengganu Jejaki Penerima Sijil Vaksin Palsu

GAYA HIDUP
January 11, 2022 - 06:02 PM


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang mengenal pasti individu yang mendapatkan sijil digital vaksinasi dipercayai palsu menerusi seorang doktor di sebuah klinik swasta di Marang.

Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata pihaknya akan memberikan nasihat dan kaunseling kepada golongan berkenaan bagi memastikan mereka menerima suntikan vaksin sebagaimana yang sepatutnya.

Justeru pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan kegiatan berkenaan.

Ia susulan penahanan suspek yang berusia 51 tahun pada Sabtu lalu.

Jelas Dr Kasemani klinik swasta berkenaan dibenarkan untuk memberikan suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September tahun lalu.

Beliau berkata pihak masih menunggu hasil siasatan daripada polis sebelum tindakan lanjut diambil terhadap doktor dan klinik berkenaan.

Katanya lagi pendaftaran klinik serta lesen doktor berkenaan boleh dibatalkan sekiranya didapati bersalah.

 

Destination: