Kecut Perut Dibuatnya! Klip CCTV Papar Jeritan Wanita Ketakutan Rumah Dipecah Masuk 2 Orang Lelaki!

GAYA HIDUP
June 29, 2022 - 04:23 PM


Viral satu klip kamera litar tertutup (CCTV) kejadian jenayah yang berlaku di sebuah rumah  sehingga meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

@datinkia ada info??dgr²nya kes samun&rogol di bayu,Klang.#malaysiatiktok #fyp #masukberanda #foryoupage #selangortiktok #viraltiktok #fypシ ♬ original sound - Rainbow

Video berdurasi seminit 27 saat itu dimuat naik menerusi TikTok pada Selasa.

Dalam rakaman bertarikh 27 Jun 2022 itu, jelas kedengaran suara seorang wanita sedang menjerit dalam sebuah bilik sebelum dia diarah 'diam' oleh seorang lelaki. Wanita itu juga kedengaran menangis teresak esak sepanjang rakaman video, seolah-olah merayu agar tidak diapa- apakan.

Turut mencuri tumpuan tentunya kelibat seorang individu yang sedang mengintai dari arah luar kediaman itu.

CCTV yang dipasang di ruang dapur turut memaparkan dua lelaki sedang mundar- mandir, malah salah seorang daripada mereka dilihat memegang satu objek panjang yang tidak dapat dipastikan.

Harapnya pihak polis tampil dan tangkap mereka yang bersalah. Ramai nak tahu ni apa yang terjadi sebenarnya...

Destination: