"Leona Masatu Umur 12 Tahun!" - Netizen Hairan Anak Azhar Sulaiman Dituduh Jadi Perampas Suami Orang

GAYA HIDUP
August 15, 2022 - 12:30 PM


Baru-baru ini, anak pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi bualan netizen apabila beliau telah dituduh menjalinkan hubungan sulit bersama suami orang oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nor Azira Othman di ruangan komen Instagram bapanya.

Nor Azira turut meminta supaya Leona memulangkan kembali wang yang telah dibelanjakan bersama suaminya termasuklah bil hotel, makanan, tiket penerbangan dan bil lain yang berkaitan sepanjang bercuti bersama suaminya itu.

Dakwanya lagi, Leona telah menghabiskan wang suaminya RM3,000 pada setiap bulan dan menuduh anak perempuan pelakon itu sebagai seorang ‘scammer’ dalam rumah tangganya sejak 2014.

Bukan itu sahaja, Azira turut menuntut agar Azhar memulangkan kembali kesemua wang suami yang telah dibelanjakan oleh Leona sebelum dia membuat laporan polis.

Tak mahu nama baik anaknya terus tercemar, Azhar bertindak menghantar mesej secara ‘Whatsapp’ kepada Azira bagi membincangkan hal berkenaan dengan mengemukakan bukti dakwaan yang telah dilemparkan kepada anaknya.

Namun, bukti yang diberikan Nor Azira ternyata buat netizen garu kepala. Hanya kerana satu 'retweet' sudah cukup baginya untuk menjadi bukti. Senang betul buat duit! Scam style baru ni!