Lihat Kolaborasi G-Shock X Blue Note Sempena Ulang Tahun Ke-80

GAYA HIDUP
February 27, 2019 - 01:02 PM


Label Jazz terkemuka, Blue Note Records menyambut ulang tahun ke-80 pada 6 Januari 2019 dan ia adalah label muzik Jazz yang paling lama kekal dalam industri muzik sejak penubuhannya pada tahun 1939.

Baru-baru ini, pengeluar jam terkemuka G-Shock tampil dengan satu kolaborasi khas dengan label Jazz Blue Note sempena ulang tahun mereka. Koleksi edisi khas G-Shock x Blue Note ini tampil dengan model G-Steel, GSTB100BNR-1A.

Apa yang menarik, keseluruhan jam ini menggunakan warna hitam dan perinciannya menggunakan tona biru selain logo Blue Note diletakkan pada bahagian belakang jam. Lebih unik, model ini tampil dengan fungsi Bluetooth selain pengecasan menggunakan solar dan lampu LED.

Kalau dah ada bluetooh tu, maksudnya ia boleh dipadankan dengan applikasi G-Shock lah nanti.

Dikhabarkan, koleksi G-Shock Edisi Khas Blue Note ini akan berada di pasaran dan butik terpilih pada bulan Mac nanti. Di laman sesawang G-Shock pun sudah mula memaparkan model tersebut.

Kalau berminat, korang sediakan ~RM1,711, sebab dengar cerita ia akan mula dijual pada harga $420.

P/s : Ini bukan kali pertama G-Shock Keluarkan Model Khas Untuk Kolaborasi, dulu ingat tak diorang pernah buat untuk ulang tahun Big Mac?