Mencari Converse ‘Rare’? Mungkin Anda Akan Jumpa Di Kakimoto Shoten

GAYA HIDUP
February 27, 2020 - 10:33 AM


Jika anda ke wilayah Kobe, Jepun, pastikan anda singgah di sebuah kedai kasut yang mana pemiliknya ini mempunyai pengalaman menjual kasut selama 50 tahun.

Shu Shunyo; pemilik kedai yang dipanggil Kakimoto Shoten di Motomachi, Kobe ini merupakan sebuah kedai kasut yang hanya menjual satu jenama sahaja iaitu Converse.

Mula membuka kedai sejak berumur 29 tahun, pada mulanya ia menjual pelbagai jenama kasut terkemuka dan keputusan nekad untuk fokus kepada jenama Converse selepas 10 tahun beroperasi dan kini; kedainya menjadi tumpuan peminat Converse kerana mempunyai pilihan yang banyak dari segi warna dan rekaan.

Difahamkan, kedainya mempunyai lebih daripada 4,000 pasang kasut dan setiap jenis kasut disusun mengikut warna bagi memudahkan pelanggan.

Kredit : IG : a _ n _ k _ o

Lebih menarik lagi, kedai ini masih menyimpan model yang berusia lebih 40 tahun selain sentiasa mengemaskini koleksi kasut mereka sesuai untuk permintaan pasaran dan pelanggan.

Anda ada kesukaran nak jumpa mana – mana model Converse? Mungkin disini ada. Cubalah ‘selam’.

Destination: