Mesin ATM Ni Tak Keluarkan Duit Tapi Beras!

GAYA HIDUP
February 26, 2019 - 01:42 PM


Korang jangan ingat mesin ATM boleh keluarkan duit je, sekarang mesin ATM pun boleh keluarkan beras tau!

Kalau tak percaya korang boleh singgah di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat, Kuala Lumpur terdapat mesin ATM beras pertama di negara ini khusus untuk golongan asnaf berdaftar mendapatkan beras secara percuma.

Idea mewujudkan mesin tersebut timbul selepas ia tular dalam media sosial di Indonesia sekitar tahun lepas.

Dengan menggunakan mesin itu, golongan asnaf hanya perlu menyentuh kad yang diberikan kepada mereka  pada sensor yang ada, lalu bekalan beras sebanyak 2 kilogram akan dikeluarkan pada ruangan bahagian bawah.

Pada masa sama, mesin tersebut juga turut berfungsi sebagai tabung, di mana orang ramai boleh membuat sumbangan wang tunai ke dalamnya untuk tujuan isian semula bekalan beras.

Syabas diucapkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan lain-lain atas inisiatif yang praktikal bagi membantu golongan yang memerlukan.

Semoga lebih banyak lagi mesin seumpama itu akan diwujudkan di seluruh negara demi manfaat bersama.