MU Puas "Titik" Liverpool Sampai Lupa Bawa Pulang Piala Persahabatan!

GAYA HIDUP
July 14, 2022 - 12:31 PM


Manchester United (MU) telah berjaya menjuarai Bangkok Century Cup 2022 selepas menang bergaya 4-0 dengan Liverpool.

Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Kebangsaan Rajamangala itu telah dihadiri oleh seramai 50,248 penyokong kedua-dua pasukan yang membanjiri stadium tersebut.

Yang menarik perhatian adalah tindakan pasukan MU meninggalkan piala yang dimenangi di Bangkok dan terus berangkat ke Australia untuk aksi persahabatan seterusnya.

Perkara ini mendapat pelbagai reaksi dari penyokong tatkala piala tersebut merupakan kejayaan pertama mereka selepas diambil alih oleh ketua jurulatih baru dari Belanda, Erik ten Hag.

Selain daripada saiz yang agak besar, kemungkinan besar pihak pengurusan pasukan mengambil keputusan untuk meninggalkan trofi ini adalah bagi mengelak dari para pemain dan pasukan mereka terus dijadikan bahan oleh peminat bola sepak dunia.

Selepas ini, anak buah Ten Hag dijadual bertemu Melbourne Victory pada 15 Julai untuk meneruskan siri Jelajah EPL di Asia

Sumber dan kredit: harimaumalaya.com.my

Destination: