"Ngeri, Ibarat Tragedi Menunggu" - Rapid KL Kongsi Gambaran Kerosakan, Punca LRT Sesak

GAYA HIDUP
January 27, 2023 - 11:25 AM


Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Ampang mengalami kelewatan disebabkan penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, pemerhatian awal menunjukkan ini adalah disebabkan oleh kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan itu. 

 

"Jurutera Rapid Rail sedang berada di kawasan terbabit bagi menilai keadaan bersama-sama dengan pakar struktur bagi memastikan keselamatan dan kekukuhan.

"Atas faktor keselamatan, pihak Rapid Rail membuat keputusan untuk menutup laluan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya sehingga kekukuhan dan keselamatan dapat dipastikan.

"Perkhidmatan LRT Ampang akan dijalankan dengan kelajuan yang berkurangan dan ini akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan selama 9 minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

 

Destination: