Perkenalkan Nike Adapt BB - Tali Kasut Boleh Diikat Menggunakan Aplikasi Smartphone

GAYA HIDUP
January 17, 2019 - 11:03 AM


Jenama Nike nampaknya seakan-akan memberi bayangan ‘kasut masa hadapan’ apabila mereka memperkenalkan kasut basketball yang mampu mengikat talinya sendiri (self-lacing). Dijual pada harga USD 350 (RM1232), Adapt BB kelihatan macam kasut biasa, tapi sebenarnya berteknologi tinggi.

Kalau nak ikutkan, memang Nike meletakkan target untuk mengeluarkan satu produk yang bukan sahaja nampak cantik, tapi mempunyai element yang berteknologi tinggi.

Menggunakan sistem pengikataan proprietari yang dipanggil Fit Adapt, pengguna boleh menetapkan keselesaan ikatan kasut tersebut sama ada secara manual ataupun digital. Lebih menarik, ianya boleh diset melalui aplikasi pada telefon pintar sahaja! Bijak sungguh idea Nike ni.

“Dalam satu permainan basketball, kaki pemain akan mengembang sekurang-kurangnya setengah saiz asal; jadi bila menggunakan kasut biasa, selepas 24 minit permainan mereka akan rasa kurang selesa dan akhirnya bertukar kasut” – Penjelasan Nike tentang macam mana idea mereka tercetus.

Bila menggunakan Adapt BB, kasut ini mempunyai motor dan gear yang dapat mengesan tekanan pada kaki, jadi sistem yang ada akan menyesuaikan semula kemasan kasut dengan keadaan kaki pemain.

Walaupun kedengaran agak kompleks, iyelah dah ada gear dan motor mesti cepat rosak kalau penggunaan yang kerap tapi kasut ini memang terbukti mempunyai ketahanan yang lasak.

Pihak Nike sendiri telah menbuat ujian dan ini infografik yang mereka sediakan :

Kalau nak ikutkan, sebelum ini Nike juga pernah mengeluarkan self-lacing shoe ni. Iaitu AirMag yang dipopularkan oleh Marty McFly dalam filem Back To The Future.

Kendian keluar pulak HyperAdapt, tapi harganya terlalu mahal.

Setakat ni, belum pasti sama ada Nike Adapt BB akan masuk ke pasaran Malaysia atau tidak, tapi ianya dijangka mula masuk pasaran luar pada Februari nanti menurut kenyataan di laman web Nike.