Pertengkaran Adik-beradik Berakhir Dengan Pembunuhan

GAYA HIDUP
July 07, 2022 - 05:16 PM


Pertengkaran dua beradik berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat dipukul dengan senjata tajam dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bercham Aman, Bercham.

Kejadian itu turut mengorbankan Ooi Tin Lu, 59, isteri kepada mangsa, Ng Chun Hon, 64, yang masing-masing dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Difahamkan, mangsa dan adik lelakinya berusia 61 tahun sering bertengkar di mana pertengkaran terakhir berlaku sekitar pukul 8.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 8.45 pagi daripada abang dua beradik tersebut yang terkejut melihat adik lelakinya dan isteri dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Katanya, anggota polis kemudian ke lokasi kejadian dan mendapati maklumat diterima adalah benar sebelum pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia.

“Mangsa lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap manakala isterinya bersandar pada dinding di ruang tamu. Keadaan kedua-dua berlumuran darah.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dipukul senjata tajam dan objek tumpul,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengesan suspek yang juga adik lelaki mangsa dikenali Ng Chun Ming, 61, yang menghilangkan diri bersama kereta Proton Saga milik adik iparnya.

Destination: