Proton Bukan Lagi Kereta Nasional – Syarikat Pengeluar Baru Akan Diperkenal Sebelum 2020!

GAYA HIDUP
October 08, 2018 - 03:46 PM


Proton ataupun Perusahaan Otomobil Nasional merupakan syarikat pengeluar kereta pertama negara yang diwujudkan pada tahun 1983. Selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat Geely, DRB-Hicom kini hanya memiliki pegangan sebanyak 50.1 peratus.

Ucapan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pada persidangan antarabangsa di Jepun berpendapat syarikat kereta nasional haruslah dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri. Selepas dijual kepada syarikat China, maka ia bukan lagi jenama kereta nasional Malaysia.

Dalam pada itu, Tun dijangkakan akan melahirkan sebuah lagi syarikat kereta nasional bagi menggantikan Proton serta secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan buat orang ramai. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YB Mohd Rezuan Md Yusof.

Model pertama syarikat terbaru ini akan diperkenalkan sebelum 2020. Ia juga akan dikeluarkan lebih pantas berbanding jangkaan sebelum ini.

Buat masa ini, pihak syarikat sedang mencari beberapa syarikat lain yang berminat untuk menjalinkan kerjasama untuk melahirkan model kereta sulung ini. Kalau diikutkan apa yang diucapkan oleh Tun, antara negara yang mungkin bekerjasama adalah Thailand, Jepun atau Korea.

Tiga-tiga negara ini mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kereta yang berkualiti tinggi serta boleh pergi jauh dalam pasaran dunia.

Model kereta syarikat terbaru ini juga agak berbeza dengan Proton kerana pengunaan teknologi yang terbaru.

Agak-agak, macam-manalah bentuk model kereta itu nanti ye…