Selepas Facebook Kini Instagram Pula Memaparkan Komen Secara "Thread"

GAYA HIDUP
August 16, 2017 - 11:02 AM


Jika sebelum ini Facebook mula update ruangan komen seperti Twitter yang berbentuk bebenang (thread) kini giliran Instagram pula mengikut jejak langkah Facebook.

Bermula hari ini, Instagram mula memperkenalkan ciri komen secara berbentuk bebenang, dimana apabila anda membalas sesuatu komen, ia akan dipaparkan dibawah komen berkenaan – dan bukannya sebagai komen berasingan seperti sebelum ini.

Ia sekaligus membuatkan perbincangan di Instagram lebih tersusun.

Pengguna Instagram boleh dapat melihat ciri baru ini bermula kemaskini terbaru aplikasi Android dan iOS.

Nampaknya lebih mudah lah untuk mengikuti setiap komen di Instagram. Bagi admin komen di instagram tak penting walau di update berbentuk emas sekalipun sebab follower instagram pun ada 14 orang. Komen ada lah sebulan 1 komen.