Skrin Macbook Retak Gara – Gara Penumpang Hadapan Turunkan Kerusi Di Pesawat

GAYA HIDUP
March 02, 2020 - 01:53 AM


Menurunkan kerusi pesawat sehingga hari ini menjadi perdebatan hangat di dalam komuniti travel seantero dunia. Walaupun pada dasarnya; ia bukanlah perkara yang salah, disebabkan kedudukan atau ruang yang semakin mengecil di dalam pesawat ia menjadi masalah untuk sestengah penumpang.

Baru – baru ini, viral di media sosial tentang seorang penumpang Delta Airlines, dan menggunakan laptop atau dalam kes ini MacBook Pro menyebabkan dirinya kerugian besar gara – gara penumpang hadapan menurunkan kerusinya.

Pat Cassidy memuat naik foto berkenaan di Twitter dan ia menunjukkan skrin MacBooknya yang telah rosak dan hanya sepera berfungsi selepas penumpang hadapan merendahkan kerusinya dalam sebuah penerbangan Delta Airlines, baru – baru ini.

Menurut Cassidy, beliau tidak memarahi penumpang hadapan, namun ia menyarankan Delta Airlines dan penerbangan lain supaya meletakkan tanda amaran kepada penumpang supaya berhati – hati terhadap pergerakan kerusi hadapan mereka.

Tweet berkenaan mendapat lebih dari 4,500 like dan lebih 400 ulang kicau. Namun, dalam bebenang tweet tersebut, ada yang mengatakan Cassidy mungkin telah membawa MacBook yang sememangnya telah rosak dan mengambil gambar dengan niat ‘menipu’ Delta Airline untuk mendapatkan unit yang baru.

Namun, ada juga yang mengesahkan kemungkinan itu boleh berlaku dengan memuat naik kejadian yang sama berlaku kepadanya namun mendapat ganti dengan yang baru disebabkan dia menggunakan Apple Care.

Pengajaran disini : Insuranskan gadjet anda, hati – hati menggunakan laptop dalam pesawat dan lihat dulu belakang kalau nak turunkan seat anda. Hihihi~