Suka Ambil Gambar? Korang Patut Cuba realme X50 Pro 5G Yang Bakal Dilancarkan Pada 6 Julai Ini

July 02, 2020 - 01:19 PM


Memang tidak dapat dinafikan salah satu sebab orang ramai membeli telefon pintar adalah kerana fungsi kamera yang gempak dan juga kepantasan dari segi penggunaan yang tidak berat. Sebab itu dari hari ke hari, rata-rata pengeluar telefon pintar berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon terbaik dari setiap aspek terutama kamera yang cantik dan juga kepantasan. 

Jika anda sedang mencari telefon yang mesra dengan poket anda, dan mempunyai ciri-ciri terbaik dari segi kamera serta kepantasan, ini merupakan berita baik untuk anda kerana realme Malaysia kini telah mengumumkan mereka bakal membawa masuk realme X50 Pro 5G untuk pasaran Malaysia pada 6 Julai ini.

Ia sekaligus akan menjadi salah satu telefon pintar terbaik daripada realme untuk tahun ini. Paling menarik adalah ianya hadir dengan harga yang dikatakan mesra dengan duit dalam poket anda. 

Malah realme X50 Pro 5G juga dilengkapi dengan skrin 6.44-inci Super AMOLED, menawarkan skrin 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3.0, dan bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 65W. Wow, kan dah lah laju lepas tu nak cas pun cepat!

Paling menarik untuk mereka yang suka ambil gambar, realme X50 Pro menggunakan 5 kamera belakang gabungan 64MP + 12MP (telefoto) + 8MP (ultra-lebar) + lensa hitam-putih. Ia turut menyertakan dwi-kamera hadapan gabungan 32MP + 8MP (ultra-lebar).

Menurut hasil pencarian Google juga sudah tersebar beberapa gambar realme X50 Pro yang memang cukup seksi dengan 2 pilihan warna iaitu hijau lumut (Moss Green) dan merah karat (Rust Red). 

Cantik, kan? Apa lagi anda yang berminat jangan lepaskan peluang untuk check it out pada 6 Julai ini, jam 11 pagi di facebook rasmi realme

Khabar angin tentang harga yang mula tersebar lebih kurang RM2,999. Harga sebenar boleh tunggu bila ianya dilancarkan tak lama lagi dan jangan lupa stay tune, kami akan buat satu lagi artikel mengenai review penuh realme X50 Pro selepas ia dilancarkan. 

Anda juga boleh mengikuti twitter rasmi realme Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini daripada pihak realme.