Tangisan Seorang Pakcik Yang Ditipu RM3000, Dibuang Keluarga Kerana Masuk Islam Buat Netizen Sebak

GAYA HIDUP
July 28, 2022 - 03:16 PM


Kisah seorang lelaki berusia lingkungan 50-an datang meminta bantuan ekoran ditipu tawaran berniaga cendol di Kuala Lumpur meruntun hati orang ramai.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu klip video di laman sosial danish.firds memaparkan kejadian tersebut yang dikatakan berlaku di Kosas, Ampang baru-baru ini.

@danish.firds I tengah fly drone, tiba2 ada seorang pakcik ni datang sebelah saya minta bantuan dia menangis #bantuan #videoviral #tiktokmalaysia #orangmiskin #fyp #fypシ #cendol ♬ Sad Emotional Piano - DS Productions

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, lelaki terbabit memberitahu bahawa dia telah ditipu sebanyak RM3,000 sebagai deposit untuk mengusahakan sebuah warung cendol daripada seorang individu lain.

Lebih menyedihkan, dia juga terpaksa berjalan sehingga mengalami kecederaan pada kakinya demi meminta bantuan dari orang ramai untuk pulang ke rumah di Johor.

“Saya dari Johor, saya datang kerana ada orang mahu tolong saya berniaga cendol dan minta saya deposit sebanyak RM3,000.

“Apabila saya sampai di sini dia tiada. Saya tunggu dan tunggu namun dia tidak munculkan diri,” katanya dengan sebak.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai turut merasai berat ujian yang menimpa lelaki tersebut dan mendoakan agar dipermudah urusan buat dirinya.

Destination: