Tips & Trick: Penjimatan Wrapping di Airport Korang Boleh Buat

GAYA HIDUP
July 17, 2019 - 12:23 PM


Mungkin ramai yang sudah tahu atau biasa buat dengan benda ini, tapi aku sendiri belom pernah kongsikan lagi. Di kebanyakan airport menyediakan perkhidmatan pembukusan bag dengan plastik bagi memastikan keselamatan bag lebih terjamin.


Bagi airport di Jepun, harga untuk 1 pembukusan bag saiz sederhana adalah 1,000¥ (RM39). Jika anda mempunyai 5 bag untuk dibungkusan jadi harganya adalah 5,000¥ (RM196). 


Cara paling jimat adalah cari kedai eco RM2 atau di Jepun ialah daiso. Dengan 100¥ anda dapat segulong plastik pembukusan makanan dan dengan 3 gulong sahaja anda dapat membalut sehingga 5 bag/kotak bergantung kepada penggunaan anda. Jadi kos hanyalah 300¥ (RM11.60) sahaja untuk membungkus 5 biji bag.


Bermakna anda boleh jimat sehingga RM180. Boleh makan KFC lagi. Selamat mencuba.