
Tonton Siaran Langsung Perlawanan Liga Malaysia Melalui Unifi
Berita baik buat peminat bolasepak tempatan yang tidak dapat untuk memberi sokongan di stadium. Telekom Malaysia Berhad (TM) dan FMLLP secara rasmi mengumumkan kolaborasi kedua pihak bagi tajaan selama lapan tahun.
Secara tidak langsung, Unifi TV akan menyiarkan kesemua acara dan perlawanan termasuklah Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan siaran bersyarat untuk perlawanan Liga Perdana dan perlawanan-perlawanan lain yang dianjurkan oleh FMLLP.
Menerusi akses Unifi home, mobile dan juga wifi, peminat bolasepak boleh menonton kesemua perlawanan ini di Unifi Tv mahupun PlayTV.

Dengan kerjasama ini, unifi kini merupakaan satu-satunya jenama yang menawarkan detik aksi bola sepak secara langsung dalam definisi tinggi sepenuhnya di skrin peranti di rumah dan di mana-mana sahaja menerusi aplikasi unifi PlayTV di mana anda boleh menontonnya di peranti tablet atau mudah alih pada bila–bila masa dan di mana-mana sahaja.
Sehubungan dengan penajaan ini juga, liga bola sepak dalam Malaysia kini dikenali sebagai “Unifi Liga Super Malaysia” dan piala tersebut dinamakan sebagai “Unifi Piala Malaysia”.
Apa lagi alasan taknak sokong bolasepak tempatan? Hehehe...
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video