Wanita Viral Tahan Dan Cabut Plat Kereta MPV, Akhirnya Buka Mulut...

GAYA HIDUP
July 13, 2022 - 03:13 PM


Mesti korang dah tengok kan, satu klip video viral menunjukkan seorang wanita cuba menghalang sebuah MPV berwarna hitam dari bergerak. Kejadian berlaku di Johor Bahru.

Menerusi laporan polis yang dibuat oleh pemilik kenderaan MPV yang ditahan, mangsa mengatakan wanita tersebut cuba menghalangnya dan membuat memprovokasi shingga mencabut nombor plat kereta sebelum membalingnya ke arah cermin hadapan kenderaannya.

Selain itu anaknya juga turut membuat isyarat lucah serta mengeluarkan kata-kata kesat ke arah pengadu.

Disebabkan video ini telah tular, wanita tersebut telah menerima banyak kecaman dari netizen yang rata-rata mengutuk tindakannya.

Satu portal berita ShinMin Daily  memberi peluang kepada wanita tersebut untuk menceritakan perkara yang sebenar-benarnya berlaku

Menurutnya, dia dalam perjalanan untuk pulang ke Malaysia dan melawat sanak saudara di sana. Ketika itu anak lelakinya yang memandu. Apabila tiba di checkpoint JB, mereka melihat sebuah kereta Alphard cuba memotong barisan selepas lama menunggu.

Anak lelakinya bagaimanapun nekad untuk tidak memberi ruang untuk kereta Alphard tersebut memotongnya namun kereta tersebut tetap tidak berhenti mengakibatkan pelanggaran kecil berlaku.

Selepas memeriksa kenderaannya, wanita ini berniat untuk tak mahu ambil pusing ekoran kerosakan yang minimal.

Bengang anaknya dimarahi, wanita ini membuat keputusan untuk keluar dan bercakap dengan pemandu Alphard namun lelaki itu enggan bekerjasama atau berbincang dan meneruskan pemanduan walaupun melihat wanita itu di depan keretanya.

Akibat dari menghalang kenderaan tersebut, beliau terpaksa menahan sakit akibat luka di kaki. Dah jadi panjang cerita. Sedikit pesanan, bersabar dan bertimbang rasa lah semasa memandu okay!

Destination: