Xiaomi Lancarkan Mi 9T di Malaysia Harga Bermula Dari RM1099





Xiaomi Mi 9T baru sahaja dilancarkan sebentar tadi. Seperti maklumat yang tertiris sebelum ini, ia ditawarkan pada harga bermula RM1099 sebuah di Malaysia. Ini menjadikannya antara peranti kelas pertengahan tinggi dengan penawaran harga yang kompetitif.

Bagi mereka yang masih lagi mencari telefon pintar yang terbaik dengan harga murah bolehlah cuba Mi 9T. 

Terkini Xiaomi sekali lagi melakukan perkara yang sama dengan Mi 9T. Mi 9T adalah Redmi K20 yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Hari ini ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Apa yang mengejutkan adalah, peranti ini mempunyai spesifikasi yang hebat dan menawarkan harga yang amat berbaloi. Ini adalah artikel pandang pertama kami buat Xiaomi Mi 9T.

Spesifikasi

Xiaomi Mi 9T menggunakan skrin 6.39-inci panel AMOLED dengan resolusi FHD+, sokongan HDR dan juga dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Kemudian, skrin Mi 9T ini sungguh seksi kerana ia langsung tiada takuk dan hampir nirbingkai. Tidak lupa juga, peranti ini mempunyai dagu yang nipis. Untuk cip pemprosesan, ia dijana dengan Snapdragon 730 dan dipadankan dengan pilihan memori 6GB RAM dan pilihan storan dalaman 64GB atau 128GB.


Sumber gambar soyacincau.com


Sumber gambar soyacincau.com

Untuk kamera, paling unik adalah kamera swafotonya. Ini kerana ia menggunakan sistem kamera pop-naik. Sistem kamera pop-naik peranti ini juga lain daripada yang lain, kerana ia mempunyai kesan bunyi yang unik bersama-sama dengan lampu LED. Lensa kamera swafoto adalah 20MP f/2.2 dan kamera belakang pula adalah sistem tri-kamera. Kamera belakangnya terdiri daripada lensa 48MP + 8MP lensa telefoto + 13MP lensa ultra-lebar.

Xiaomi Mi 9T hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dan dijana cip Snapdragon 730, memori sebesar 6GB RAM, storan sehingga 128GB, selain dilengkapi bateri 4000mAh. Ia menggunakan gabungan kamera 48-megapixel + 13-megapixel ultra-lebar + 8-megapixel telefoto. Untuk rakaman swafoto pula, ia menggunakan kamera 20-megapixel yang tersembunyi pada bahagian kamera pop-naik.

Xiaomi Mi 9T 6/64GB ditawarkan pada harga RM1199 bermula 26 Jun ini tetapi bagi mereka yang melakukan pra-tempahan ia boleh dimiliki pada harga promosi RM1099. Bagi mereka yang mahukan storan lebih besar 128GB pula, ia ditawarkan pada harga RM1399 sebuah bermula 29 Jun.

Matlumat lanjut boleh ke Instagram dan Facebook Xiaomi Malaysia. 

Untuk membuat pra tempahan boleh ke LAZADA!

#TerminateTheRivals

;