
Xiaomi Mi 9T Pecahkan Rekod! Habis Dijual Dalam Masa 2 Jam Untuk Tewaskan Pesaing Terdekat
Sebelum ini Xiaomi telahpun melancarkan Mi 9T secara rasmi di Malaysia. Melalui pandang pertama peranti ini mempunyai spesifikasi yang hebat dan menawarkan harga yang amat berbaloi. Dengan spesifikasi yang mantap ini tidak mustahil untuk Mi 9T boleh muncul sebagai salah satu telefon pintar terbaik 2019 dengan harga bawah dari RM1,500.
Bagi mereka yang masih lagi mencari telefon pintar yang terbaik dengan harga murah bolehlah cuba Mi 9T.
Bagi mereka yang suka mengambil gambar, pastinya Xiaomi Mi 9T merupakan satu pilihan tepat. Untuk kamera, paling unik adalah kamera swafotonya. Ini kerana ia menggunakan sistem kamera pop-naik. Sistem kamera pop-naik peranti ini juga lain daripada yang lain, kerana ia mempunyai kesan bunyi yang unik bersama-sama dengan lampu LED. Lensa kamera swafoto adalah 20MP f/2.2 dan kamera belakang pula adalah sistem tri-kamera. Kamera belakangnya terdiri daripada lensa 48MP + 8MP lensa telefoto + 13MP lensa ultra-lebar.
Gambar: Soya Cincau
Untuk audio, Mi 9T masih menggunakan pembesar suara mono. Tetapi apa yang menarik, Xiaomi telah sertakan port bicu audio 3.5mm. Ini adalah satu ‘ciri’ paling menarik. Peranti ini turut menggunakan Bluetooth 5.0, port pengecasan USB-C dan juga mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin berasaskan optikal.
Xiaomi Mi 9T hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dan dijana cip Snapdragon 730, memori sebesar 6GB RAM, storan sehingga 128GB, selain dilengkapi bateri 4000mAh. Ia menggunakan gabungan kamera 48-megapixel + 13-megapixel ultra-lebar + 8-megapixel telefoto. Untuk rakaman swafoto pula, ia menggunakan kamera 20-megapixel yang tersembunyi pada bahagian kamera pop-naik.
Xiaomi Mi 9T 6/64GB ditawarkan pada harga RM1199. Bagi mereka yang mahukan storan lebih besar 128GB pula, ia ditawarkan pada harga RM1399 sebuah bermula 29 Jun.
Percaya atau tidak setelah dilancarkan Xiaomi Mi 9T ini telahpun habis dijual melalui pra tempahan dalam tempoh 2 jam setelah ia dilancarkan di Malaysia, menjadikan Mi 9T sebagai telefon pintar terlaris setakat ini. Jika dibandingkan dengan pesaing yang lain Mi 9T berjaya memecah rekod jualan tertinggi setakat ini. Wow laris betul macam pisang goreng panas ni. #TerminateTheRivals
Salah satu perkara yang membuatkan pra tempahan Mi 9T ini begitu banyak adalah fungsi kemeranya.
- 48MP ultra-clear camera
- 8MP telephoto
- 13MP ultra-wide angle
Bagi mereka yang ingin dapatkan Mi 9T ini boleh mula membuat tempahan di Lazada.
Berikut antara beberapa shoot yang diambil menggunakan Mi 9T. Cantik!
Xiaomi Mi 9T merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada Xiaomi yang hadir dengan pelbagai penawaran menarik, termasuk kamera pop-naik, bateri 4000mAh, serta kamera belakang 48-megapixel.
Sempena jualan OFFLINE pada 6 Julai 2019, Harga Mi 9T akan dijual dengan harga RM1399 untuk 128GB. Korang boleh beli dekat Lazada ye. Cepat tawaran ini hanya berlangsung untuk satu hari sahaja iaitu 6 Julai 2019. Korang yang tengah cari smartphone power dengan harga berpatutan inilah masanya. Bagitau kat kawan-kawan sekali ya.
Jualan OFFLINE Xiaomi Mi 9T 6 Julai 2019
Harga untuk Mi 9T RM1399 untuk 128GB
Matlumat lanjut boleh ke Instagram dan Facebook Xiaomi Malaysia.
Untuk membuat pra tempahan boleh ke LAZADA!
#TerminateTheRivals
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video