"Glamping Dan Mengopi Dalam Kebun" - Kebun Haus Tawarkan Percutian Dalam Kebun

December 05, 2023 - 05:18 PM


Sebut saja tentang berkhemah mesti korang terfikir perkhemahan yang melecehkan, panas dan tapak perkhemahan yang tidak kemas.

Namun sebaliknya apabila korang sampai ke Kebun Haus Recreational and Cafe, Segamat, Johor ni bakal buat persepsi korang berubah kerana di sini menjanjikan korang pengalaman dan suasana berbeza daripada tapak glamping lain.

Kawasan kebun tersebut dijadikan tapak glamping dan juga kafe menjadi tarikan baru di Segamat.

Kebun Haus beri korang pengalaman merasai glamping dalam kawasan kebun yang menggamit memori ketika waktu dulu-dulu berada di kampung.

Percutian berkonsepkan glamping dan camping kini makin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita -- ditambah pula dengan kawasan kampung yang memberi pemandangan tumbuhan-tumbuhan hijau, bunyian unggas daripada kebun berdekatan dan udara segar di situ.

Paling penting untuk setiap tempat perkhemahan itu harus ada kemudahan dan fasiliti untuk memudahkan sesiapa yang mengunjung dan Kebun Haus ada semua benda tu!

Jom min tunjuk apa yang ada di Kebun Haus ni.

Setiap Khemah Ada Aircond

Korang boleh bawa pasangan dan anak-anak korang ber-glamping di Kebun Haus tanpa fikirkan cuaca panas yang melanda sekarang ni sebab setiap khemah disediakan aircond. Rasa macam tak nak keluar khemah je.Khemah Kebun Haus dilengkapi dengan 2 katil bersaiz queen, air cleaner dan air freshener.

Punya besar dan luas khemah Kebun Haus ni sampai boleh muatkan 4 orang dewasa dan 3 orang kanak dalam satu masa. Tapi janganlah sumbat ramai sangat dalam ni.

Dekorasi interior dalam khemah Kebun Haus ni sangat cantik dan boleh OOTD di setiap sudut dalam khemah tersebut.

Surau dan tandas dekat sini sangat bersih dan khemah yang digunakan ni berkualiti tinggi tau. 

Ada Kolam Renang Peribadi Di Setiap Khemah

Itu yang syiok kalau menginap di sini.

Pernah tak terfikir tempat glamping yang beri kolam renang peribadi di setiap khemah? -- Di Kebun Haus 'belanja' semua kemudahan buat korang yang menginap di sini.

Kebun Haus sediakan macam-macam fasiliti untuk korang enjoy dan healing layan suasana glamping dalam kebun ni.Kolam renang peribadi ini terletak di belakang khemah dan ia amat sesuai bagi sesiapa yang inginkan privasi.

Amat sesuai kepada sesiapa yang inginkan masa bersendirian atau anak-anak kecil korang mandi kat sini sebab kolamnya tidak dalam.

Tapi kalau korang nak-kan kolam yang lebih besar dan nak mandi ramai-ramai, terdapat ruang kolam renang utama.

Bukan Setakat 'Glamping', Nak Mengopi Pun Boleh

Kebun Haus sediakan kafe yang dinamakan Kebun Kafe untuk pengunjung mereka dan orang luar untuk menikmati pengalaman makan dalam kebun.

Macam-macam menu ada di sini daripada makanan lokal sehingga makanan western.Nasi lemak kari ayam dan lempeng Kebun Kafe menjadi menu wajib kepada sesiapa yang berkunjung di sini.

Variasi pilihan minuman di sini menjadi tumpuan daripada pengunjung yang ber-glamping di sini dan juga pelanggan Kebun Kafe kerana mereka bukan sekadar mempunyai kopi, bahkan menghidangkan air soda buah yang menyegarkan.

CheesePresso dan Berry Cheese antara menu minuman pilihan penggemar kopi yang menginginkan kelainan ketika mengopi.

Sedang korang hirup kopi, ayam-ayam ternakan Kebun Haus berlegar sekitar kafe dan tempat glamping menambah lagi vibe kampung.

Tapi pelanggan Kebun Kafe tak dibenarkan masuk ke kawasan glamping dan kolam renang tau sebab ia khas untuk glampers sahaja bertujuan menjaga privasi mereka.

Harga bermalam di khemah ini bermula dari RM308 semalaman -- berbaloi dengan apa yang korang dapat jika menginap di Kebun Haus. Bak kata orang putih "worth every pennies".

@visitjohor Lepas seharian bekerja, dapat chill dan relax dalam nature dan suasana kampung pon best juga kan. kebunkafe @ Kebunhaus yang terletak di Segamat dan dimiliki Melayu Muslim ni memang the best port lah untuk korang dapatkan ketenangan 🌿🏕 (IG: @/ kebun.haus) 📍GRQ8+3M, Taman Sulir, Segamat 🚗 [Waze] Kebunhaus Recreational and Cafe ⏰ 4:00 Petang - 10:00 Malam ☎️ 013 3244 913 @KebunHaus | KebunKafe #Kebunkafe #Kebunhaus #OutdoorCafe #GlampingJohor #VisitSegamat #VisitJohorCafe #VisitJohorMakan #VisitJohorFun #VisitJohor ♬ Obituary - Alexandre Desplat

Penginapan di Kebun Haus sesuai untuk semua peringkat umur yang datang mencari tempat untuk healing dan rehatkan mindu sebelum pulang ke kesibukan bandar.

Jika korang plan nak pergi ke selatan, masukkan Kebun Haus dalam list-to-go korang tau!

Kebun Haus Recreational and Cafe, Segamat

Alamat : Kebun Haus Recreational and Cafe, Taman Sulir, 85000, Segamat, Johor