Jom Cuba 2 Hari "Trip Jungle Train of Malaysia" Dari Gemas Ke Dabong

March 16, 2022 - 02:38 PM


Halo korang! Mesti rasa macam familiar je kan travelogue kali ni? Kali ni Busa nak share sekali lagi pasal travelogue naik jungle train of Malaysia! Yes, Busa repeat lagi jalan jalan ke Dabong dalam masa selang sebulan dari trip lepas. Untuk trip kali ni, Busa dapat main flying fox and water tubing! Busa buat trip 2 hari 2 malam (satu malam bermalam di resort and satu malam lagi dalam kereta api)

TRANSPORTATION

Guide (untuk dua hari bermula dari sampai stesen ktm sampai nak balik) : RM 40 per pax

Kereta Api Gemas-Dabong-Gemas (RM 32 lower berth + RM 27 upper berth sebab ada promo dari KTMB. So rajin rajinkan diri check FB dorang sebab KTMB akan update any promotion dekat platform Facebook mereka jugak): RM 59

Total: RM 99 per pax

ACCOMMODATION

Jelawang Pipe Resort: RM 30 per pax (Satu bilik RM 60 and boleh share dua orang)

An Nur Guesthouse (Dia macam homestay and dia kira harga ikut bilik. Satu bilik RM 50 and boleh muat 2-3 orang) : RM 25 per pax

Total: RM 55 per pax

ACTIVITIES

Flying Fox : RM 15 per pax

Caving: RM 30 per pax

Water Tubing: RM 60 per pax

ATV ride (RM 60 sejam untuk satu ATV and ATV tu boleh naik dua orang) : RM 30 per pax

Total: RM 135 per pax

MEALS

Ni subjektif, bergantung pada bajet korang jadi Busa tak masukkan dalam kiraan bajet.Tapi makanan kat Dabong tak mahal pun so untuk dua hari tu RM 50 pun cukup sebenarnya untuk bajet makan. Below RM 10 pun boleh dapat untuk complete meals sekali dengan air. Kalau mi udang harga RM 15 semangkuk tapi puas hati tau siap free teh o ais lagi.

Kalau nak makan set ikan siakap boleh pergi dekat Adam Café. Serious berbaloi sebab set 6 orang makan termasuk air cuma RM 65 je. Memang puas hati lagi lagi kalau korang travel dalam group besar. Untuk yang menginap dekat Jelawang Pipe Resort, sarapan disediakan sekali.

TOTAL TRIP EXPENSES: RM 289 per pax

ITINERARY

DAY 1

  • Stesen KTM Gemas (naik train jam 1:18 pagi)
  • Stesen KTM Dabong (tiba dalam jam 9:40 pagi)
  • Sarapan beli dekat Stesen KTM Gua Musang (murah and sedap!)
  • Landmark Gunung Stong
  • Jelawang Pipe Resort (Check In)
  • Water Tubing (2 jam)
  • Flying Fox
  • Mandi sungai
  • Dinner dekat Ikan Bekok Kak Ros Dabong

DAY 2

  • Kompleks Gua Ikan (meeting point sebelum caving)
  • Gua Gelap
  • Gua Keris
  • Gua Pagar
  • Lunch dekat Kak Na Mi Udang Kg Stong
  • An Nur Guest House (Check In)
  • Warung ABC tepi stesen KTM Dabong
  • ATV ride
  • Dinner dekat Adam Cafe
  • Stesen KTM Dabong (naik train jam 11:30 pm)
  • Stesen KTM Gemas (tiba jam 7:40 am)

TIPS AND TRICK!

Busa dah pernah buat travelogue ke Dabong bulan lepas jadi untuk kali ni Busa akan bagi tambahan tips untuk anda yang nak berkunjung ke Dabong.

Korang boleh jugak refer travelogue Train To Dabong yang Busa tulis sebelum ni untuk info tambahan. Untuk yang nak baca travelogue Train To Dabong yang Busa tulis sebelum ni boleh search Facebook Page: Travelogue Budget By Busa.

Jelawang Pipe Resort

Resort ni fasiliti dia bagi Busa lengkap, ada tandas surau, kafe apa semua. Aktiviti pun banyak boleh buat dekat sini termasuklah flying fox and ATV ride. Sungai dia pun cantik and syok je lepak kat sungai sini. Jangan lupa bawak towel sebab dorang tak sediakan towel dalam pipe tu.

Pipe resort yang macam Busa duduk tu boleh muat dua orang so kalau travel berdua boleh lah jimat bayar half half.

Kitaorang sampai resort agak awal so sementara nak tunggu waktu check in jam 2 petang, kitaorang pergi main water tubing. Kalau main water tubing, make sure bawak beg waterproof atau waterproof phone case je. Tak payah angkut benda lain, sebab takut barang korang basah. Kalau ada kasut waterproof lagi baik. Kat shopee banyak je kasut macam tu. Water tubing anggaran dalam dua jam. Seronok even letih sikit sebab jauh jugak tau nak menyelusuri anak sungai tu. Tapi, air sungai superb bersih and view sekeliling memang mantop!

Lepas main water tubing kitaorang sambung main flying fox pulak. Syok, untuk yang gayat boleh cuba face your fear.

Overall, customer service dari Jelawang Pipe Resort dah improved berbanding dengan my last visit bulan lepas!. Much better so thumbs up to the staff! Keep it up okay!

An Nur Guesthouse

Kitaorang transit kejap dekat sini sementara nak tunggu train malam. Guesthouse ni dekat je dari stesen KTM Dabong, boleh jalan kaki dalam 10 minit. Harga dah lah murah, fasiliti lengkap pulak tu. Bayangkan korang bayar RM 50 untuk satu malam pastu dapat bilik selesa, siap tandas dalam bilik then boleh muat 2-3 orang. Jimat teruk!

Caving 3 Gua

Busa dah pernah cerita pasal aktiviti caving ni dekat travelogue sebelum ni. Untuk caving, korang akan menerokai 3 gua which is Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar. Part paling best is Gua Gelap lah sebab ada satu lubang kecik yang korang kena lepasi sebelum ke check point seterusnya. Lubang tu sempit and korang kena baring kat lantai gua untuk melepasi lubang tu. Masa ni baru menyesal tak diet hahaha. Bawak headlamp and disarankan guna beg waterproof kalau nak caving.

ATV Ride

Ni korang WAJIB ye try kalau datang Dabong! Serious best gila and enjoy sangat. Track dia best lagi lagi bila main dalam hujan memang mencabar habis. Brader yang assist kitaorang memang sempoi habis siap tolong ambilkan gambar and video. Taknak cerita banyak, datang Dabong wajib main ATV dekat belakang RNR Jelawang tau!

Guide

Sini dorang panggil guide tu as "Pengasuh". Pengasuh kitaorang nama Abe Nasir. Abe Nasir ni senang nak deal, kalau datang Dabong korang boleh roger dia tau. Ni contact number beliau, boleh whatsapp.

013-9328327 (Encik Nasir).

Stesen KTM Gua Musang

Untuk yang naik kereta api dari arah selatan (laluan bermula dari stesen Kempas Baru menuju ke Dabong), korang akan lalu dekat Stesen KTM Gua Musang dalam jam 7:45 pagi. Kereta api akan berhenti dalam lingkungan masa 10-15 minit dekat stesen ni. Yang istimewa stesen ni, korang boleh snap gambar iconic kepala train dengan background view yang super cantik.

Extra info, kalau lapar boleh singgah beli nasi berlauk untuk sarapan dekat stesen ni. Sebungkus RM 3.50 je. Murah and sedap tau! Boleh beli dan makan dalam kafe kereta api.

Sleeper Train

Busa suggest ambik katil bawah kalau nak naik Ekspress Rakyat Timuran (ERT) ni. Sebab katil bawah lagi besar and selesa. Makanan dalam kafe train sedikit mahal tapi untuk yang nak merasa makan dalam train sambil layan view, why not? Kalau nak book katil, sila book awal dalam apps KTMB sebab selalu katil ni laju je sold out. Harga katil bawah, katil atas and kerusi berbeza ya. Nak murah ambik kerusi lah. Paling mahal katil bawah. Ada bantal and selimut nipis dalam katil.

Staff KTMB sangat ramah, masa nak balik tu sempat lah borak dalam train dengan staff dia. Terima kasih KTM Berhad , pengalaman Busa naik kereta api sangat best and priceless! Good hospitality!

For those dari KL, korang boleh naik ETS dekat KL Sentral and stop dekat Stesen Gemas. Dari situ, korang boleh naik sleeper train untuk ke Dabong. Bagi yang memilih untuk drive, anda boleh drive dan park kereta anda di stesen Gemas. InshaAllah selamat.

As for final conclusion, Dabong ni memang tourist attraction baru yang wajar diviralkan sebab cantik and worth every penny! Tempat dia best, orang dia ramah and baik baik pastu makanan semua murah murah. Sebab best, Busa repeat lagi tau! Next time nak repeat Dabong lagi untuk hike Kem Baha, buat Via Ferrata and main ATV lagi! Korang pulak bila? Jom lah naik kereta api!

Perkongsian dari Travelogue Budget By Busa

Destination: