Pemuda Kongsi Pengalaman Solo Travel Ke Bollywood!

June 13, 2022 - 03:00 PM


Baru-baru ini seorang pengguna Twitter (Jak) yang merupakan warga Indonesia telah berkongsi pengalamannya ke beberapa negeri di India seperti Delhi, Agra, Jaipur dan Udaipur dengan menaiki kereta api.

Sebelum tiba di India

Sebelum terbang ke negara asing, antara perkara wajib yang patut kita fikirkan agar trip berjalan lancar adalah:

a) Tempat penginapan

b) Penggunaan alat komunikasi

c) Pengangkutan

Penggunaan sim kad

Untuk pengembara ke India, ada dua jenis yang boleh digunakan sama ada menggunakan kad sim India seperti Airtel atau chip roaming Felxiroam yang berbentuk pelekat dan hanya ditampal di belakang kad sim telefon anda.

Penerbangan

Lelaki ini memilih untuk menaiki syarikat penerbangan Thai Airways untuk ke India dari Indonesia. Sudah pastinya perlu transit di Thailand apabila menaiki penerbangan dari negara tersebut.

Keesokan harinya, penerbangan ke Delhi tiba pada jam 10.35 pagi. Zon waktu di India adalah UTC+5.30. Kalau anda lihat lapangan terbang di India, boleh tahan cantik juga.

Tiba di India

Selepas tiba di lapangan terbang, masa untuk mencari stesen kereta api bagi memulakan pengembaraan di India.

Menurut lelaki itu, cuaca di sana agak panas iaitu 37 darjah celcius tetapi bahangnya seperti 42 darjah celcius. Tidak peliklah banyak berita tentang gelombang haba di India.

Disebabkan tiada kereta persendirian, lelaki ini banyak menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Ola. Nak naik beca elektrik pun ada ya. Tapi kalau anda nak sewa kereta pun tiada masalah.

Pengembaraan sekitar India bermula

Lelaki ini mengambil kereta api dari Delhi dan tiba ke bandar Agra tiga jam kemudiannya.

Suasana di dalam kereta api ini agak sempit dan dipenuhi dengan katil tiga tingkat di kiri dan kanan. Bayangkan cuaca agak bahang, pendingin hawa pun tiada. Memang masak oi!

Setibanya di Agra, lelaki berkenaan menaiki teksi ke tempat penginapan untuk berehat.

Antara lokasi yang dituju oleh pengembara ini ketika India adalah seperi berikut:

  • Agra – Taj Mahal
  • Jaipur – Amber Fort, Jal Mahal, Hawa Mahal, Pink City dan Panchvati Circle
  • Udaipur – Monsoon Palace dan City Palace
  • Delhi – Jama Masjid, Connaught Place

Memang cukup menarik la trip dia ke India! Sesuai untuk korang yang inginkan satu percutian solo yang unik & adventurous!

Sumber & Kredit: The Rakyat Post & Jak (Twitter)

 

Destination: