Trip 3 Hari 2 Malam Rumah Bot Hutan Royal Belum!

ITINERARY
May 12, 2022 - 03:29 PM


Hari Pertama

Sampai di Gerik agak lewat kerana berkayak terlebih dahulu di Sungai Beruk, Gerik menuju ke Castella Cafe untuk menjamah makanan lokal di dalam sungai.

Rumah bot yang dinaiki boleh memuatkan 30 hingga 40 penumpang dengan selesa. Bot dilengkapi dengan:-

  • Piring Astro
  • Sistem pembesar suara
  • Set karaoke.

Hari Kedua

Jika nak lihat keindahan matahari terbit, jangan lupa untuk bangun pagi dan menikmati permandangan matahari terbit dari belakang Banjaran Titiwangsa. Selepas bersarapan, aktiviti melihat ikon Royal Belum iaitu Rafflesia Azlanii.

 

 

Rafflesia Azlanii merupakan bunga parasit, endemik di Semenanjung Malaysia terutamanya di Royal Belum. Dinamakan sempena nama HRH Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

 

 

 

Menu yang disajikan di atas rumah bot amat menyelerakan. Menu ayam kicap, ikan bakar, kerabu perut, ikan pekasam amat menyelerakan. Specialty orang Lenggong dan Gerik, ikan pekasam goreng dengan bawang dan cili wajib ada dalam setiap sajian!

Air terjun Sungai Kooi tiada tandingannya. Mungkin inilah highlight dalam trip ini. Cantik sungguh air terjun dengan daun menghijau yang melatari tirai air, bukti kecantikan hutan dara ni.

 

Waktu petang hari kedua dihabiskan dengan aktiviti air yang tersedia. Anda boleh berkayak, berakit dan berenang di dalam tasik. Tapi wajib pakai jaket keselamatan ya!

Hari Ketiga

 

 

Selesai sarapan pagi dengan ubi kayu rebus bersama ikan pekasam goreng dan kelapa parut, kami menaiki bot ke Sungai Papan bagi melihat sendiri kawasan jenut garam (sira garam).


Orang Asli di sini menjual cenderahati di Hayek Rakit OA Banun sebagai sumber pendapatan harian mereka. Ada pelbagai jenis bakul, ubat ubatan seperti tongkat ali dan kacip fatimah, gelang, rantai dan cincin yang diperbuat daripada hasil hutan. Trip ke Hayek Rakit OA Banun merupakan penamat perjalanan dan aktiviti di Royal Belum

Sumber dan kredit: @perak_sejahtera (Twitter)

Destination: