Wanita Kongsi Pengalaman Menginap di Forest City Yang Sunyi...

June 07, 2022 - 05:00 PM


Seorang wanita muda yang berasal dari Manila bernama Marielle Descalsota telah berkunjung ke Johor Bahru. Uniknya tujuan dia kali ini adalah untuk merasai sendiri pengalaman bermalam 3 hari di Forest City yang kini dianggap Ghost Town...

Dia bekerja sebagai wartawan untuk Insider menulis dalam catatan pengalamannya bahawa bandar ini dianggap ‘Ghost Town’ kerana kapasiti penduduknya kini kurang dari 5%, manakala laporan terakhir 2019 menyebut bahawa hanya 500 penduduk yang berpindah ke sana.

“Apabila saya melawat bandar itu, ia mempunyai galeri jualan, pusat membeli-belah, sekolah antarabangsa dan dua pusat peranginan, tetapi sangat sedikit perniagaan yang beroperasi. Sebidang tanah telah dikhaskan untuk pembangunan, tetapi tidak jelas sama ada projek ini akan diteruskan,” katanya.

Sepanjang tiga hari di Forest City, Marielle tinggal di Forest City Golf Resort. Ketika sampai di sana, suasana sunyi, jalan raya sepi. Katanya, satu-satunya orang yang kelihatan hanyalah seorang pengawal keselamatan. Dia difahamkan bahawa resort ini telah ditutup selama dua tahun dan akan dibuka semula dalam beberapa bulan akan datang.

Pengalaman pertama ketika sampai di resort tersebut, dia akui resort ini gah dan mewah. Dia tinggal di suite deluxe untuk tiga malam yang berharga RM458 ($104) untuk satu malam.

Marielle turut berkongsi talian internet di sana turut mengecewakan, teksi tidak sanggup untuk ke sana, kurang kedai serbaneka apatah lagi nak guna khidmat kurier makanan.

Namun beliau tidak nafikan keselesaan sepanjang menginap selama tiga hari di resort tersebut. Pemandangan cantik menghadap padang golf dengan kolam renang besar. Ruang bilik yang luas dan mewah dengan balkoni panorama dan “suasana sunyi sepanjang hari” telah membuatkan beliau tidur nyenyak sepanjang tiga malam menginap di sana.

Selain itu, dia bertemu dengan beberapa pelancong dari Singapura yang berkunjung ke Forest City untuk bermain golf kerana ia “menawarkan pengalaman bermain golf yang menarik”. Di laman Google, resort ini mendapat ulasan terbaik dari pengguna yang hadir untuk bermain golf.

Sumber dan Kredit: The Vocket

Destination: