5 Muzium Terbaik Di Dunia Tahun 2017 Menurut TripAdvisor

JALAN-JALAN
October 24, 2017 - 12:05 PM


Setiap tahun, TripAdvisor akan mengadakan Travellers’ Choice Awards. Kepada siapa yang tak biasa dengan TripAdvisor ini, mereka adalah laman web yang menyediakan pelbagai jenis review berkenaan hotel, restoran dan lain-lain lagi berkenaan dengan travelling.

Di sini kita juga boleh menilai setiap satu tempat yang kita nak pergi itu berdasarkan review yang dilakukan oleh pelawat yang pernah kesana. Secara tidak langsung, TripAdvisor telah menjadi seperti forum untuk para traveller untuk bertukar pendapat dan tips untuk melancong.

Jika anda minat melancong dan juga muzium. Ini adalah 5 muzium yang dikatakan terbaik di dunia menurut TripAdvisor. 

#5. State Hermitage Museum and Winter Palace - St. Petersburg, Russia

Muzium Hermitage adalah muzium seni dan budaya di Saint Petersburg, Rusia. Merupakan muzium yang terbesar di dunia, ia diasaskan pada tahun 1764 ketika Empress Catherine the Great memperoleh koleksi lukisan yang mengagumkan dari pedagang Berlin Johann Ernst Gotzkowsky.

Muzium ini meraikan ulang tahun penubuhannya setiap tahun pada 7 Disember, Hari Saint Catherine. Ia telah dibuka kepada umum sejak tahun 1852.

 

#4. Art Institute of Chicago - Chicago, Illinois

Institut Seni Chicago, ditubuhkan pada tahun 1879 dan terletak di Grant Park Chicago, adalah salah satu muzium seni tertua dan terbesar di Amerika Syarikat.

Diiktiraf kerana usaha kuratorial dan popularitinya di kalangan pelawat, muzium ini menerima kira-kira 1.5 juta pelawat setiap tahun. Koleksi mereka juga dikendalikan oleh 11 jabatan kuratorial dan mempunyai koleksi tetap hampir 300,000 karya seni.

 

#3. Musée d'Orsay - Paris, France

Musée d'Orsay adalah muzium di Paris, Perancis.  Muzium ini ditempatkan di Gare d'Orsay, iaitu sebuah stesen keretapi Beaux-Arts yang dibina antara tahun 1898 dan 1900. Muzium ini terdapat pelbagai hasil seni Perancis sejak 1848 hingga 1914, termasuk lukisan, ukiran, perabot, dan fotografi.

Ia juga menempatkan koleksikarya daripada beberapa pelukis terkenal termasuk Van Gogh.

 

#2. The National WWII Museum - New Orleans, Louisiana

Muzium Perang Dunia ke 2, yang dahulunya dikenali sebagai Muzium D-Day, adalah sebuah muzium sejarah tentera yang terletak di New Orleans, Louisiana.

Nama pun muzium perang kan, jadi… muzium ini memberi tumpuan kepada sumbangan yang dibuat oleh Amerika Syarikat kepada kemenangan Allied dalam Perang Dunia ke-2. Ditubuhkan pada tahun 2000, ia kemudiannya ditetapkan oleh Kongres A.S. sebagai Muzium Perang Dunia ke-2 rasmi di Amerika pada 2003. Muzium ini mengekalkan hubungan dengan Institusi Smithsonian dan mereka menekankan pengalaman Amerika dalam Perang Dunia ke-2.

 

 

#1. The Metropolitan Museum of Art - New York City, New York

The Museum of the City of New York (MCNY) adalah muzium sejarah dan seni di New York City, dan diasaskan oleh Henry Collins Brown pada tahun 1923. Tujuan muzium ini diadakan adalah untuk memelihara dan mempersembahkan sejarah Kota New York, dan penduduknya.

Ia terletak di seberang Central Park di kejiranan Upper East Side di Manhattan. Muzium ini kini menjadi tuan rumah penyampaian muzium yang pertama yang memaparkan sejarah empat abad kotaraya New York  dalam pameran tetap  mereka iaitu "New York At Its Core".

Muzium New York ini telah menang tiga tahun berturut-turut tau. Rata-rata pengunjung berikan 5 bintang selepas lawatan ke sini. Tidak hairanlah kenapa diorang ni dapt anugerah 3 muzium terbaiktahun berturut-turut. 

 

;