7 Tarikan Menarik Di Osaka Yang Perlu Ada Dalam Itenerary Anda

August 14, 2019 - 03:10 PM


Dalam banyak-banyak destinasi di Jepun, Osaka boleh dikatakan paling ‘tak famous’ dalam kalangan pelancong. Tidak seperti Tokyo mahupun Kyoto yang terkenal dengan kecantikan semulajadi; Osaka sebenarnya tidak kurang menariknya kalau nak dibandingkan dengan destinasi – destinasi lain di Jepun.

Cuba tengok tempat tarikan yang ada di Osaka ini;

#1. Universal Studios Japan

Universal Studios Jepun merupakan taman tema yang paling banyak menerima kunjungan selepas Disney Resort Tokyo.

Di Universal Studios Jepun ini; terdapat 8 zon hiburan dan permainan seperti Hollywood, San Francisco, New York dan yang tak banyak tempat ada adalah The Wizarding World of Harry Potter!

Tips : Kalau taknak kena tunggu lama, cuba cari pass EXPRESS. Biasalah bila ke taman tema ni, beratur mesti panjang.

Harga : 12 tahun ke atas -¥7,400 (~ RM292) | kanak – kanak 4 hingga 11 tahun  - ¥5,100 (~RM201) | warga emas (65 tahun ke atas ) - ¥6,700 (~RM264)

Ini harga entry pass ye, kalau express pass dijual ikut ride, boleh rujuk di sini

Alamat : 2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, 554-0031, Japan

 

#2. Osaka Aquarium Kaiyukan

Walaupun ada sesetengah dari traveller yang aku kenal ‘pangkah’ untuk ke tempat – tempat macam zoo ke, taman burung, dan sebagainya, tapi salahs atu tempat yang korang kena singgah adalah di Osaka Aquarium ni.

Ada sejumlah 16 pameran utama dan dia diibaratkan korang menjelajah setiap inci laut, daripada Great Barrier Reef sehinggalah ikan yang ada di perairan Jepun sendiri.

Dari segi saiz, toksah ceritalah, ada 27 tangki utama dan yang terbesar dan tumpuan disini adalah pameran Laut Pasifik yang mempunyai kedalaman 9 meter. Tak boleh bayang? Senang cerita, dia punya besar sampai ‘star’ dekat sini adalah whale shark!

Alamat : 1 Chome-1-10 Kaigandori, Minato Ward, Osaka, Osaka Prefecture 552-0022, Japan

Waktu operasi adalah 10 pagi sampai 8 malam tapi kemasukan terakhir adalah satu jam sebelum waktu tutup. Nasihat aku, masuk awal, boleh pusing – pusing lama dalam ni.

Harga : ¥600 ( RM 24) – kanak kanak 4 hingga 6 tahun | ¥1200 ( RM 48) – 7 hingga 15 tahun | ¥2,300 (RM 91) – 15 tahun ke atas |

 

#3. Istana Osaka

Istana Osaka atau Osaka Castle merupakan salah satu tarikan wajib singgah kalau ke Osaka. Ikutkan sejarah, istana ini dibina pada 1583 oleh Toyomi Hideyoshi untuk menunjukkan kuasanya tetapi dimusnahkan pada 1615.

Walaupun dibina semula, pada tahun 1868 istana ini sekali lagi ditimpa bencana apabila terbakar sebelum pemerintahan Meiji. Pada 1997, istana ini mendapat pembaikpulih sepenuhnya dan hari ini; tersegam indah binaan istana Osaka dengan reka bentuk asal dan lebih moden.

Alamat : 1-1 Osakajo, Chuo Ward, Osaka, Osaka Prefecture 540-0002, Japan

Waktu Operasi : 9 pagi hingga 5 petang. Kemasukan akhir pada jam 4.30 petang. Oh iye, istana ini ditutup setiap tahun pada 28 Disember hingga 1 Januari ye. Jadi, kalau taknak kecewa, pilih tarikh lain.

Bayaran : ¥600 ( RM 24) untuk dewasa | percuma kepada pelawat 15 tahun ke bawah

 

#4. Umeda Sky Building

Ada sesetengah yang takut tinggi atau gayat, diorang akan skip sky building ni. Tapi, kalau korang macam atas pagar, berani tak takut pun tak, naiklah! Berbaloi!

Umeda Sky Building ni kalau nak diikutkan berketinggian 173 meter, bangunan ke 19 tertinggi di Osaka. Dari segi struktur, ianya dikira menara berkembar dan ia dihubungkan dengan sebuah platform yang dinamakan Floating Garden Observatory.

Menariknya, korang boleh ‘terbang’ dengan menaiki escalator kaca dari tingkat 39 ke tingkat 40. Kalau itu tak cukup mencabar, korang boleh cuba Lumi Sky Walk. Korang boleh nikmati pemandangan 360 darjah wilayah Osaka. Pemandangan korang tidak akan terhalang, kalau nasib baik, dapat tengok Pulau Awaji.

Alamat : 1-1-88 Oyodonaka, Kita Ward, Osaka, Osaka Prefecture 531-6039, Japan

Waktu Operasi : 10 pagi – 10.30 malam setiap hati.

Harga tiket : ¥700 ( RM 28) dewasa | ¥300 ( RM 12) kanak – kanak |

 

#5. Dotombori

Dotombori ni merupakan kawasan paling hype paling happening sekali kalau korang nak cari hiburan. Ada restoran, boleh beli belah, arcade dan macam – macam lagi.

Kawasan Dotomburi ni, selain meriah dengan segala yang kami sebut tadi ia ada sebuah terusan di tengah – tengah bangunan dengan nama yang sama. Jadi selain korang boleh shopping, boleh jugak merasa naik bot tengah – tengah bandar Osaka ni.

Dengar cerita, waktu malam sangat cantik. Jadi, pergilah waktu malam.

Alamat : Dotonbori, Chuo Ward, Osaka, Osaka Prefecture 542-0071, Japan

 

#6. Minoo Park

Kalau agak – agak nak ‘lari’ dari kesibukan bandar, korang bolehlah ke Minoo Park ni untuk dapatkan ketenangan. Untuk ke sini, korang boleh menaiki tren dan sesuai kalau nak buat day – trip ke sini.

Sebelum sampai ke kawasan air terjun ni, korang kena berjalan sikitlah. Hiking sekitar 3 kilometer. Hehe~

Tapi, bukanlah hiking saje – saje. Sebelum sampai ke kawasan air terjun tu, korang boleh singgah di Ryuan – ji Temple atau Muzium Serangga Minoh.

Alamat : Meiji no Mori Minō Quasi-National Park, Minoo, Osaka Prefecture, Japan

 

#7. Shinsaibashi-suji

Shinsaibashi-suji ni boleh dikatakan kawasan beli belah premier dan dia boleh dikatakan kawasan beli belah yang lebih kurang 600 meter jugaklah.

Kiri kanan bangunan ni merupakan shopping complex yang mempunyai macam – macam jenis kedai, butik, serta rangkaian kedai mewah.

Kalau nak rasa suasana ‘Harajuku’ Osaka, korang kena ke Amerika-mura, dekat dengan Mido-suji street. Kawasan ni memang terkenal dengan fashion street yang mana budak – budak muda sini menayangkan fesyen mereka.

Nak rasa lepak di kafe – kafe unik pun boleh.

Alamat : 542-0085 Osaka Prefecture, Osaka, Chuo Ward, Shinsaibashisuji, 2−2−22

Waktu Operasi : 10 pagi sampai 9 malam

Nak baca lebih lanjut berkenaan Osaka? 
 

Destination: