Air Terjun Mae Ya Dikatakan Pemandangan Paling Cantik Di Thailand

April 22, 2019 - 01:18 PM


Selain Indonesia, Thailand juga merupakan negara jiran yang mempunyai pelbagai tarikan menarik dan destinasi pilihan pelancong terutamanya dari negara kita, Malaysia. Dalam banyak-banyak, ada satu yang jarang orang ceritakan iaitu kecantikan air terjun Mae Ya yang ada di Chaing Mai.

Terletak di dalam Taman Negara Doi Inthanon, Chiang Mai, air terjun yang boleh dikatakan tak ramai yang tahu dan ‘tersorok’ ini sebenarnya hanya 2 jam perjalanan dari bandar utama Chiang Mai.

Ada yang cakap, sebenarnya ia bukanlah yang paling popular, cuma disebabkan kawasan tersebut tak ada tarikan pelancong lain. Air sungai yang mengalir atas susunan batu menjanjikan pemandangan yang unik.

Ada juga yang meninggalkan review di TripAdvisor mengatakan jika ke sana, tiada orang lain atau tempat berkenaan ibarat dibuka untuk mereka sahaja. Tapi jangan cakap ia air terjun bunian pulak, sebabnya ia memang wujud.

Disini, korang boleh mandi-manda Cuma elakkan melakukan terjunan. Untuk ke sini, pemanduan adalah sekitar 66 kilometer melalui Route 108. Daripada perkarangan parking, korang kena berjalan lebih kurang 500 meter sebelum sampai ke kawasan air terjun.

Tiket untuk masuk adalah 200 Baht untuk dewasa / 100 Baht untuk kanak-kanak

Sumber : My Chiang Mai Travel

Pelancong Berdepan Hukuman Mati Jika Selfie Berhampiran Lapangan Terbang Phuket!

7 Destinasi Yang ‘Rosak’ Akibat Industri Pelancongan

Destination: