Aktiviti Menarik & Tempat Makan Best Di Jeli, Kelantan
TRAVELKalau sebut bercuti ke Kelantan mesti lokasi pertama yang kita fikir hanyalah ke Kota Bharu, kan?
Tapi korang pernah terfikir tak untuk bercuti ke Jeli iaitu salah sebuah daerah yang menjadi pintu masuk atau "gateway" ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan hanya mengambil masa sejam kalau dari Kota Bharu.
Mesti ramai yang fikir apa best ada kat Jeli?
Jom kita tengok senarai tempat best, aktiviti menarik dan makanan wajib yang boleh korang enjoy bila ke Jeli hasil perkongsian daripada FB Senok Perut yang memang bertapak di Kelantan!
6 AKTIVITI WAJIB BUAT DI JELI
1) Lepak di Lalang Chalet (RM120++)
Ecopark berkonsepkan igloo dan pelbagai fasiliti terbaik dikelilingi air terjun dan hutan. Yang bestnya dekat sini ada restoran Laila Majnun yang masakan thai & chines diorang memang best giler. Lokasi Depan UMK Jeli masuk 1.5km sahaja.
RATING : 9/10
2) Terokai Gunung Reng (FREE)
Gunung Reng adalah taman awam yang ada banyak benda best di sekelilingnya seperti Gua Batu Kapur yang penuh misteri tapi boleh untuk orang biasa, Dekat situ juga ada sungai yang sangat cantik dan jernih! Kalau lapar boleh makan Laksa Telur Sarang yang viral itu.
RATING : 9/10
3) Mandi di Lata Turbo
Lata Turbo adalah air terjun yang berada di Kg. Lawar Batu melintang. Jalan sama dengan Gunung Reng. Dekat sini yang uniknya ada jambatan Besi dekat atas Air terjun. Dan airnya sangat jernih dan sejukk. Memang bersih dan terpelihara
RATING 8/10
4) Shopping di Bukit Bunga
Bukit Bunga sebenarnya kawasan beli belah barangan yang kebanyakan daripada Sempadan Thai. Dekat sini anda boleh beli makanan daripada siam, softoy dan juga baju kelawar yang murah-murah.
Kalau lapar boleh makan Mee Kak siti yang sedap gila dekat Kedai tayar SIlverstone. Kalau nak makanan siam ori boleh makan di Ka Na Mee Chambo berdekatan dengan Kompleks Imigresen.
RATING : 9/10
5) Bergambar di Padang Rumput Kashmir
Di sini ada padang rumput luas dan hijau, berada berhampiran empangan pergau. Air dari empangan ini yang jernih dan sejuk membentuk lata yang sangat indah .. sangat jernih dan penuh dengan Etak.
RATING : 7/10
6) Beli belah di Pasar Tani Ayer Lanas
Jika anda datang pada hari Jumaat, di Ayer Lanas ada pasar tani besar yang sangat meriah dengan pelbagai hasil tanaman dan makanan tempatan. Lokcing dan sayur daripada sempadan pun banyak dijual. Buka daripada pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari
RATING : 7/10
***TEMPAT TAMBAHAN WAJIB LAWAT
- Pasar Pagi di Bandar Jeli
- Lata Janggut
MAKANAN WAJIB CUBA
1) Akok Berdang
Di Kampung Berdang ada satu kedai akok yang sangat femes dengan akoknya yang sedap dan sempurna. Kedai ni dah beroperasi sejak zaman dahulu lagi. Kekal guna teknik sama bakar guna sabut. Harga akok 50sen satu dan percayalah antara akok paling best di Kelate.
RATING : 10/10
2) Nasi Kerabu Restoran Roha
Di Kampung berdang juga ada kedai makan Roha. Kedai makan ala Thai yang menjual pelbagai lauk pauk best. Dekat sini admin suka Nasi Kerabu dia boleh pilih lauk macam2. Ada juga mee celup dan rojak dan pelbagai bubur dan kuih-kuih asli.
RATING : 10/10
3) Mee Celup Kak Ma Lakota
Kalau duduk jeli tak pernah makan dekat Kedai Kakma memang rugi. Mee celop ala thai dengan ais kacang mereka memang terbaik. Ada juga kedai Coconut shake dan rojak ayam yang tersedap di Jeli . Tak rugi datang sini petang2 sebab ada saja benda nak try
RATING : 10/10
***TEMPAT MAKAN TAMBAHAN WAJIB CUBA
🍚 Top Tomyam (Depan UMK)
🍚 Triputera ( Bukit Bunga)
🍚 Burger Pokwa (Berdang)
🍚 Kedai Makan Salor
🍚 Nasi Bajet Lakota
🍚 Goreng Pisang Viral Wakaf Zin
🍚 Nasi Kerabu Pattani Wakaf Zin
🍚 Aneka Keropok Gemang
🍚 Roti Titab dan Mee Udang (Depan UMK)
KOS MINIMUM
Kalau anda hanya datang nak jalan-jalan dan makan, RM20 seorang dah cukup untuk makan satu hari (ANGGARAN KASAR SAHAJA)
KOS MAKSIMUM
Kalau anda stay di hotel, minimum kena spend RM80-100 untuk penempatan dan juga makan.
TIPS
Jeli terkenal dengan cuaca sejuk pada bulan 1-3. Musim Hujan bermula bulan 10-1. Bulan lain selalunya ada hujan di waktu petang..Jadi nak jalan2. wajib datang pagi!
Sumber: FB Senok Perut