Aktiviti Menarik di Singapura Berenang Bersama Ikan Lumba-Lumba di Dolphin Island

April 23, 2019 - 05:31 PM


Pernah tak korang berangan satu hari nanti nak berenang bersama Dolphin? Sekali seumur hidup pun jadilah. Setidaknya bolehlah merasa pengalaman berenang bersama spesis ikan paling pintar ni. Kalau berminat apa kata korang cuba ke Universal Studio Singapore (USS). Kat sini korang bukan sahaja boleh main pelbagai aktiviti taman tema jer malah korang boleh juga basahkan diri bersama ikan lumba-lumba di Dolphin Island. 

Dolphin Island di Resort World Sentosa ini mempunyai sebanyak 20 ekor ikan lumba-lumba yang menghuni Dolphin Island ini. Dibuka sejak tahun 2013, Dolphin Island berjaya menarik ramai pelancong untuk dalam dan luar negara. 

 

Dolphin Island bukan sahaja dibuka untuk tujuan pelancongan, malah ianya juga mengadakan pelbagai program termasuk kelas pembelajaran buat meraka yang berminat untuk mengenali ikan ini secara lebih dekat seperti perangai ikan ini yang dikatakan seperti manusia dan kehidupan mereka di dunia ini.

Penjagaan yang bertaraf antarabangsa di sini membuatkan ikan lumba-lumba merasa seronok untuk timnggal di sini. Sebab itu, semasa aku pergi melawat tempoh hari, ikan lumba-lumba ini tampak begitu seronok sekali. Mana tak nya, diorang dijaga dengan baik dan pelatih dekat sini pun terdiri dari mereka yang snagat berpengalaman dan layak untuk menjaga ikan-ikan ini.

Bila ikan ini selesa, maka kita sebagai pelancong pun turut selesa nak berenang bersama. Penah juga aku terfikir macam mana kalau masa tengah berenang aku kena lempang dengan Dolphin ni. Kot-kotlah ikan ni tengah tak der mood pastu kena pula beraksi dengan pelancong. Menurut pelatih kat sana, Ikan ini akan melayan peminat mereka jika berada dalam keadaan yang baik. Maksudnya kalau hari tu ikan tu tak der mood, ikan lain yang akan jadi pelayan anda. Dan jangan risau nak kena lempang dah. 

Sebabnya mereka ni macam manusia je perangai. Ada masa dia merajuk, ada masa dia marah. Jadi dengan program yang dilaksanakan di sini kita boleh belajar tentang behavior seekor ikan lumba-lumba. 

Pengalaman pertama aku mula-mula agak scary dan dalam masa yang sama excited juga. Bila kali pertama sentuh ikan tu, perghh rasa macam bestnya kawan dengan ikan ni. Permukaan setiap ikan di sini memang tak sama, rupa pun berbeza dan diberi nama untuk setiap ikan. 

Di sini juga ada 5 program buat pelancong yang teringin untuk berkomunikasi dan berintraksi dengan ikan lumba-lumba. 

Dolphin Discovery

Program ni khas untuk kanak-kanak 4 tahun dan keatas. Kedalaman air pun memang sesuai untuk budak-budak, tak perlu risau lemas atau apapun. Sepanjang program ni, korang akan sentiasa ditemani oleh jurulatih. Program ini juga sesuai untuk mereka yang tak tahu berenang dan mereka yang senior. 

  • Dolphin Discovery (SGD98 - Adults, SGD88 - Child/Senior
  • Durasi: 30 minit

Dolphin Encounter

Program ni untuk mereka yang nak main dengan Dolphin tapi tak nak masuk dalam air. So boleh berinteraksi kat tepi jer. Dolphin akan datang kepada korang. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun boleh ambil pakej ni dengan syarat ditemani oleh orang dewasa. 

  • Dolphin Encounter (SGD68 - Adults, SGD59 - Child/Senior)
  • 15 minit

Dolphin Adventure

Program ni untuk mereka yang berani dan nak lebih cabaran. Nak peluk-peluk Dolphin dan berenang bersama dolphin boleh ambil pakej ini. Kedalaman air juga sesuai untuk mereka yangtahu berenang. 

  • Dolphin Adventure (SGD128 - Aduls, SGD118 - Child/Senior)
  • Durasi: 90 minit

Dolphin Observer

Program ni pun sama tak perlu masuk dalam air pun. Cuma untuk mereka yang nak tahu lebih lanjut tentang Dolphin boleh ambil pakej ni. 

  • Dolphin Observer (SGD58 - Adults, SGD48 - Child/Senior)

Dolphin VIP

Progam VIP ni korang boleh pilih nak buat cabaran apa bersama Dolphin. Nak main kat air cetek ker, kat air dalam ke semua boleh. Nak peluk, nak kiss semua pun tak jadi masalah.

  • Dolphin VIP (SGD288 - Adults, SGD278 - Child/Senior)
  • Durasi: 90 minit. (30 minit dalam air)

Jadi bagi korang yang berminat nak main dengan Dolphin bolehlah datang ke Dolphin Island di USS. 

Destination: