Jom Rebut Tawaran Harga Istimewa Durian Di Pesta Pulau Pinang 2019!

TRAVEL
June 28, 2019 - 07:08 PM


Macam yang korang tahu, sekarang ni di seluruh pelosok negara tengah dilanda 'demam durian'!

Kalau korang pun nak merasai kemeriahan dan kegilaan penggemar Raja Buah itu, korang boleh berkunjung 'Penang Durian Fest' atau pesta tahunan durian Pulau Pinang yang akan diadakan dari 5 hingga 7 Julai ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Menariknya, pesta kali ini dijangka bakal menarik kira-kira 50,000 orang pengunjung! Ramaikan? Mesti meriah giler ni.

Kalau korang nak tahu, pengunjung pesta durian ini bukan sahaja datang dari Pulau Pinang, malah dari negeri-negeri jiran di utara Semenanjung.

Sejak tahun lepas, Penang Durian Fest telah berjaya menjadikan Pulau Pinang sebagai hab penting buah durian yang harganya bukan sahaja berpatutan tetapi juga berkualiti tinggi.

Bagi tahun ini, pelbagai jenis durian disediakan untuk Penang Durian Fest antaranya Musang King, Hati Merah, Kapri, Labu, Udang Merah dan Duri Hitam yang ditawarkan pada harga antara 5 hingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. Wow..menarik ni!

Selain makan durian, ada juga beberapa pertandingan seperti durian klon terbaik, juara durian wilayah utara, durian kampung terbaik, pengat dan jus durian akan diadakan sepanjang pesta itu.

Kalau korang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Jabatan Pertanian Pulau Pinang di talian 04-5372144.

Sumber: Bernama