
Jom Serbu USS Untuk Raikan Sambutan Jubli Emas Sesame Street
April 19, 2019 - 03:19 PM
Kanak-kanak mana yang tak teruja saat bertemu watak Sesame Street yang mewarnai dunia si kecil sejak 50 tahun lalu.
Bersempena ulang tahunnya, karakter utama Sesame Street seperti Elmo, Cookie Monster, Bert dan Erni meluangkan masa bertemu peminatnya di Universal Studios Singapura (USS) pada program yang dinamakan “Sesame Street 50 Years and Counting Celebration”.
Pelbagai acara disusun untuk pengunjung seisi keluarga bagi meraikan sambutan Jubli Emas Sesame Street itu yang diadakan dari 8 Mac hingga 28 April depan.
Antaranya, ‘Sesame Street Birthday Blowout’ dengan kek gergasi, lawatan ke Big Bird’s Nest and Abby’s Fairy Garden serta beramah mesra dengan tetamu khas yang didatangkan dari China iaitu Lily The Tiger.
Pengunjung juga berpeluang berjalan-jalan di galeri istimewa yang dipanggil ‘Walk Down Sesame Street’ untuk mengimbau semula babak-babak kegemaran mereka seperti yang popular 123 stoop dan Bert & Ernie’s apartment.
Bagi menghargai peminat setianya, USS juga melancarkan siri eksklusif pin karakter watak Sesame Street yang boleh didapati secara percuma dengan pembelian minimum di taman tema tersebut.
Sambutan ini juga bakal menampilkan 50 selebriti tempatan dan negara jiran, influencers serta pelajar berbakat dari Sekolah Pathlight iaitu sekolah fokus-autisme pertama di Singapura.
Jadi bagi anda yang berminat untuk membawa anak-anak bergembira di USS sambil ditemani kawan-kawan Sesame Street mereka, bolehlah berkunjung ke USS!
Untuk harga tiket atau sebarang maklumat lanjut boleh layari rwsentosa.com/ss50
Destination:
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video