Jom Tengok Pokok Terbesar Di Malaysia, Dekat Tasik Kenyir Je!

March 28, 2019 - 05:29 PM


Malaysia sememangnya kaya dengan khazanah hutan hujan tropika dan menjadi destinasi wajib untuk pelancong yang gemarkan aktiviti eko-pelancongan.

Kalau di Sarawak ramai pelancong luar negara sanggup masuk ke hutannya demi nak melihat sendiri bunga terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia.

Kredit Foto: squarekenyirhouseboat

Jangan terkejut sekiranya selepas ini Tasik Kenyir di Terengganu pula diserbu pengunjung yang nak peluk sendiri pokok terbesar di Malaysia iaitu ‘Pokok Melunak’!

Korang bayangkan besar pokok ini ibarat pelukan 26 orang dewasa, tau! Giler besar!

Pokok gergasi yang dikatakan telah berusia 340 tahun ini mempunyai ketinggian melebihi 100 meter.

Untuk ke Pokok Melunak ini, kalau korang menaiki houseboat atau rumah bot di Tasik Kenyir mengambil masa 6 jam untuk sampai ke jeti Taman Negara Terengganu yang bersebelahan dengan Gua Bewah.

Selepas itu, korang kena trekking pula dalam hutan sejauh 2 kilometer atau 30 minit sebelum sampai ke Pokok Melunak.

Menurut laporan The Star, Pokok Melunak ini dijumpai secara tidak sengaja oleh seorang ‘Nature Guide’ Taman Negara berkenaan iaitu Mohd Khairul Abu Bakar bersama pasukannya ketika sedang mencari laluan pintu masuk alternatif ke Gua Bewah sekitar tahun 2013.

Melunak adalah sejenis pokok kayu keras daripada spesies Pentace dan sangat bernilai tinggi dalam sektor pembalakan.

Orang-orang zaman dahulu dikatakan menggunakan pokok ini sebagai tiang-tiang utama dalam pembinaan rumah mereka agar berdiri kukuh.

Jadi, pada korang yang memang minat dalam kajian flora dan fauna atau suka merasai pengalaman dikelilingi alam semulajadi boleh datang ke Tasik Kenyir ini untuk melihat sendiri pokok gergasi Melunak!

Kredit Foto: Ijak Kenyir

Baca juga: Sungguh Tak Sangka, Rupanya Banyak Aktiviti Menarik Yang Boleh Kita Lakukan Di Tasik Kenyir!

 

Destination: