Kelantan Merupakan Negeri Paling Banyak Menerima Pelancong Selepas PKPB

TRAVEL
September 07, 2020 - 10:30 AM


Korang pernah tak terfikir rakyat Malaysia ni pergi melancong ke mana ya bila mereka bebas dari terkurung di rumah? Menurut maklumat dari Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Kelantan merupakan negeri yang paling banyak orang pergi melancong.

Malah, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongnan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) negeri, Mohd Aidil Afizie Daud berkata, kedatangan pelancong di Kelantan diambil kira dan diukur dari kadar penghuni purata (AOR), dengan kata lain peningkatan pelancong di Kelantan memang betul-betul dari pelancong, bukan dari rakyat Kelantan yang pulang ke kampung mereka.

Jadi lokasi mana yang menjadi tumpuan pelancong? Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai adalah Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dan Gua Keris.

Menurut Mohd Aidil. MOTAC juga sedang memberi focus kepada tiga jajaran yang bermula dari Lojing, Gua Musang, dan Taman Negara. Kesemua ini dikenali sebagai kluster eko pelancongan negeri Kelantan. Bagi jajaraln luar bandar pula, ia bermula dari Lebuh Raya Timur Barat Jeli, Jelawang, dan Dabong.

Memang sangat menggembirakan apabila rakyat Malaysia melancong ke negeri lain. Ini secara tidak lansung akan meningkatkan ekonomi pelancongan domestik dan membantu rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor tersebut. Jadi kalau korang nak tahu apa lagi yang ada di Kelantan boleh baca di sini.

Sumber: Berita Harian

Destination: