Kuantan Bakal Mempunyai Mercu Tanda Bertaraf Antarabangsa – Menara Teruntum

April 25, 2019 - 02:45 PM


Ibu negeri Pahang Darul Makmur nampaknya bakal dihiasi dengan sebuah mercu tanda yang bakal mempromosikan serta menaikkan lagi nama Kuantan. Khabarnya, monument pelancongan ini merupakan satu binaan yang bertaraf antarabangsa!

Dijadualkan siap pada Julai 2019, bangunan setinggi 180 ini dinamakan Menara Teruntum dan ia didirikan supaya pengunjung boleh menikmati kecantikan dan keindahan bandar Kuantan serta panorama menarik Sungai Kuantan.

Menurut sumber, Menara Teruntum sekarang ini telah siap 85 peratus dan akan terus dibuka kepada orang awam selepas mendapat kelulusan pihak berwajib.

Menariknya, Menara Teruntum ini akan menjadi menara keempat tertinggi di Malaysia dan menara tertinggi di Pantai Timur. Dikhabarkan, tinggi keseluruhan Menara Teruntum ini jika nak dibandingkan adalah lebih kurang dengan Menara Alor Star.

Mercu tanda terbaharu Pahang ini diharapkan dapat meletakkan semula negeri tersebut dalam kalender pelancongan negara. Dengar cerita, dengan adanya Menara Teruntum ini, Majlis Perbandaran Kuantan akan mengembalikan serta menghidupkan semula Kuantan River Front dan Kuantan River Cruise.

Kredit Video : YouTube | encik ja

[REVIEW] – Sevilla OKR, Rumah Percutian Seisi Keluarga Di Kuala Lumpur​

Destination: