Lain Dari Yang Lain, Masjid Pink Cantik & Mempesonakan

TRAVEL
May 16, 2019 - 12:17 PM


Masjid merupakan tempat ibadah bagi orang Islam.

Kebiasaannya masjid dihiasi dengan cat yang berwarna lembut atau majoriti menggunakan warna hijau dan putih sebagai perlambangan warna kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Tapi tahukah anda bahawa di 4 negara ini, mereka mempunyai masjid yang dicat dengan warna yang lain daripada biasa iaitu warna merah jambu atau pink?

Bukan sahaja masyarakat tempatan, malah pelancong luar juga ramai yang tak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan atau selfie di bangunan yang digelar 'Masjid Pink' ini.

Malaysia pun termasuk dalam senarai tau!

 

#1. Masjid Dimaokum, Filipina

Masjid Dimaukom di Kota Datu Saudi Ampatuan, Mindanao, Filipina ini dicat dengan warna pink yang kerana ia merupakan warna kegemaran individu yang mendirikan masjid tersebut iaitu Samsudin Dimaukom dan isterinya.

Masjid yang dibuka secara rasmi pada bulan Ramadhan tahun 2013 ini juga menggunakan warna merah jambu sebagai simbol kedamaian dan kerukunan bagi umat Islam di sana.

Menariknya, pembangunan masjid ini dilakukan oleh sukarelawan pekerja yang beragama Kristian.

Kalau anda ingin datang ke masjid dari Cotabato menaiki kereta, anda perlu menempuh perjalanan selama 3 jam.

 

#2. Masjid Raya An-Nur, Indonesia

Masjid unik ini dinamakan Masjid Raya An-Nur yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia.

Masyarakat Islam Indonesia menganggap masjid ini seakan mirip Taj Mahal di India.

Masjid yang dibuka secara rasmi pada tahun 2015 ini memiliki satu kubah besar diatasnya, serta beberapa kubah kecil di sekelilingnya.

Selain didominasi dengan warna merah jambu, terdapat juga kemasan berwarna emas untuk memperindahkan lagi masjid ini yang mampu menampung kira-kira 1,4000 jemaah.

 

#3. Masjid Putra, Malaysia

Masjid Putra yang terletak di Putrajaya ini merupakan simbolik dan mercu tanda pusat pentadbiran kerajaan Malaysia.

Pembinaan masjid yang didominasi warna merah jambu muda ini bermula pada 1997 dan siap dua tahun kemudian pada 1999, namun beroperasi sepenuhnya pada 30 Ogos 2000.

Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra iaitu pejabat Perdana Menteri dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya, menjadikan Masjid Putra kelihatan terapung di permukaan tasik yang menyerlahkan keunikan tersendiri.

Masjid Pink Malaysia ini turut menggabungkan elemen reka bentuk Timur Tengah dan tradisional Melayu sebagai konsep utama pembinaannya memberikan lebih nilai eksklusif kepada masjid berkenaan.

 

#4. Masjid Nasir Al Mulk, Iran

Masjid Nasir Al-Mulk di Shiraz, Iran ini telah berusia lebih 150 tahun dan merupakan salah satu masjid terindah di dunia serta digelar sebagai 'Masjid Pink Iran'.

Keindahan masjid ini terletak pada kaca-kaca mozek yang dapat memantulkan spektrum warna yang pelbagai pada saat terkena cahaya matahari.

Masjid ini dibina pada tahun 1876 dan siap sepenuhnya pada 1888.

Masjid yang mempunyai rekaan dalaman dengan kaligrafi Islam serta struktur gaya ala Persia sering menjadi lokasi pelancong mengabadikan foto mereka di sini.

Kalau korang nak ke masjid ini, disarankan untuk datang pada antara pukul 9 hingga 11 pagi kerana dalam tempoh 2 jam itu cahaya yang masuk ke dalam masjid ini memantulkan warna-warni yang sangat mempesonakan sesuai untuk dijadikan background gambar korang.

Superb dan cantik kan masjid ni?