Langkawi SkyCab Tawar Tiket Kombo 5 Dalam 1 Hanya RM38

JALAN-JALAN
June 23, 2020 - 01:47 PM


Kalau sebut bab Cuti-Cuti Malaysia, nama Pulau Langkawi mesti menjadi antara destinasi percutian wajib yang perlu dikunjungi!

Mana taknya, selain memiliki banyak pantai yang indah dan mempesonakan -- Langkawi juga mempunyai pelbagai tarikan lain yang terkenal di kalangan pelancong seperti Langkawi SkyCab.

Jika anda mempunyai rancangan untuk bercuti ke sana pada musim PKPP, anda jangan lupa untuk merasai sendiri pengalaman menaiki kereta kabel tercuram di dunia itu yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Machinchang yang tingginya 708 meter dari aras laut.

Ini kerana Langkawi SkyCab menawarkan pakej menarik iaitu potongan harga tiket hanya RM38 berbanding RM43 untuk dewasa dan RM28 berbanding RM39 untuk kanak-kanak.

Bestnya, pengunjung yang membeli tiket bukan sahaja dapat menaiki Langkawi SkyCab tetapi juga 4 produk lain seperti SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi dan SkyBridge.

Tawaran ini terbuka kepada semua warga Malaysia sehingga 31 Julai ini.

Jangan terlepas peluang keemasan ini!

Langkawi SkyCab sebelum ini telah ditutup selama 94 hari sebelum dibuka semula kepada pengunjung dengan memperkenalkan beberapa SOP pasca COVID-19 seperti :-

- Memeriksa suhu badan pengunjung

- Menanda pita pelekat di lantai sebagai panduan jarak sosial kepada pengunjung

- Hanya 4 orang dibenarkan menaiki setiap gondola berbanding muatan asal iaitu enam orang

Hari pertama apabila Langkawi SkyCab dibuka semula baru-baru ini, seramai lebih 100 pengunjung sudah mula berpusu-pusu teruja untuk menaiki kereta kabel tersebut.

Sumber: Astro Awani

Destination: