Lima Hari di Barat Indonesia (Pulau Weh dan Sabang)

ITINERARY
August 15, 2017 - 09:41 AM


Sabang terletak di Pulau Weh. Kira bandar yang ada di Pulau itu. Terletak lebih kurang 60 minit melalui ferri, Pulau Weh memang sangat cantik dan berlainan dengan pulau-pulau yang ada di sekitar Laut Andaman. Keindahannya juga masih ramai lagi yang tidak tau. Bagi aku pulau ni masih “Dara” lagi.

Kalau kat Malaysia macam dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi gitu.

Menariknya dengan Pulau Weh ni, semasa Tsunami dahulu pulau ini tak banyak terjejas akibat Tsunami. Mungkin di sebabkan ombak dah mula berpecah ke sisi pulau kot. Angka kematian yang di catatkan pun tak banyak.

Menurut nenek moyang mereka, dahulu Pulau Weh merupakan sebahagian dari Pulau Sumatera. Maksudnya pulau ini bercantum dengan pulau besar. Namun dengan kejadian gempa bumi yang berlaku membuatkan Pulau Weh ini tersisih ke laut. Dah macam meminggirkan diri. Lebih kurang merajuk lah kot. Jadi Pulau ini membawa diri jauh ke Laut. Sebab tu lah ianya di panggil Pulau Weh yang bermaksud meminggirkan diri.

Kami di Pulau Weh ini selama 3 hari 2 malam. Iaitu suatu jangka masa yang padat jika nak terokai pulau ini secukup cukupnya. Tapi 2 hari pun dah banyak juga sempat kami singgah. Tip buat mereka yang nak ke Sabang ni boleh lah spend banyak sikit mas akat sini memandangkan kat sini agak jauh antara tempat ke satu tempat.

Hari tu kami sewa kereta sahaja sebab ramai kan. Jika datang sorang sorang atau berdua secara backpacker boleh juga sewa motor kat sana. Lagi murah tapi orang kata sakit jugalah belakang tu sebab jauh kan. Lagipun muka bumi di Pulau ini agak berbukit dan sepi. Kalau aku lah, aku pilih kereta sahaja.

Ferri dari pelabuahan Uleen Lhouse ke Sabang makan masa 60 minit. Hari tu laut agak tenang sedikit. Ferri ini agak selesa bagi aku mungkin sebab kami dapat tiket VIP kot. Hehhe. Walaupun begitu kami juga meluangkan masa ke tingkat atas. Nak rasa sedikit pengalaman udara di Laut Andaman.

Semasa perjalanan juga, kami sempat meminta izin dengan petugas nak masuk area kokpit tu. Saja nak tengok macam mana view dari depan. Agak menarik dan kami berpeluang juga untuk melihat beberapa ekor Dolphins berenang di permukaan laut. Jadi, jika korang naik ferri ni cuba-cuba lah mintak nak try tengok view dari depan. Ohsem weh.

Tiket VIP dari Banda Aceh ke Sabang adalah Rp100,000. (Boat Express Bahari).

Dah sampai ke Sabang, kami terus ke Danau Aneuk Loat untuk menikmati makan tengah hari. Perut masa tu pun dah mula berkeroncong juga. Dam 30 minit juga lah drive. Dalam perjalanan kami singgah sekejap di Tugu I LOVE SABANG.  Kalau datang ke Sabang memang tak sah lah kalau takberganbar kat sini. Baru syok upload kat Facebook dan Instagram.

DANAU ANEUK LOAT

Danau Aneuk Loat ni merupakan sebuah tasik dan punca air minimum untuk penduduk Aceh. Tasik ni pun boleh dikira besar jugak lah. Terletak di tengah tengah bandar Sabang, Danau Aneuk Loat merupakan slaah satu tempat wajib singgah jika datang ke Sabang ya. Tasik yang menghijau di kelilingin oleh bukit-bukit memang sangat cantik. rasa tenang je bila lepak kat sini. Angin pulak sepoi-sepoi. Huh rasa nak tidur je kat tepi tasik tu. Tambah pulak bila perut dah kenyang kan. Aduhh syoknya tidur.

Kalau dalam bahasa Aceh Danau Aneuk Loat ni bermaksud “Anak Laut”.

SARANG CAVE

Perut dah kenyang, mata mula layu kami tidur sepanjang perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Sarang cave. Dengan perjalanan yang berbukit mengambil masa dalam 45 minit memang sempatlah bermimpi sekejap. hahaha. Masing-maisng katanya nak lelap manja-manja je. Letak kepala masing-masing mula berdengkur.

Buka mata kami dah sampai di Sarang cave.

Mula-mula sampai kat sini. fuhh masing – masing excited woo. Mana tak nya mata di jamu oleh lautan biru yang luas dengan di sapa oleh angin – angin yang nyaman. Memang cantik sangat. Nak ke Sarang Cave ni jalan di agak extream sikit. Kalau makcik makcik tu kena fikir 2 kali jugaklah nak turun. Sebenarnya bukan setakat makcik makcik, aku yang belia remaja katanya ni pun hilang separuh nafas jugak nak ke Sarang Cave. Masa pergi tu mungkin ok lagi. Bila nak naik balik tu fuhhh tingi betul rasa tangga tu. Dan macam naik tangga kat tembok besar China dah.

Untuk ke Sarang cave tu kornag kena turun tangga yang jauh, then sampai bawah kena lalu jalan batu batu di pinggir pantai. Tapi demi melihat ciptaan Allahyang ohsem ini masing-masing gagahkan diri melalui liku liku jalan yang berbatu itu.

Semasa lalu jalan tu be carefull sikit. Sebab ada batu batu yang agak licin. Kalau yang nak lagi extream boleh hiking sikit kot kot nak tengok view yang lagi menarik.

TUGU NOL KILOMETER INDONESIA

Next destination adalah Tugu Nol Kilometer. Tugu ini setinggi 43.6 meter tapi nampak macam tak siap lagi sebab ada construction kat depan tu. Tempat ni di kenali sebagai Nol sebab ianya merupakan titik permulaan bagi Republik Indonesia. Kalau ikut fakta tempat ni terletak di latitud 05° 54′ 21.42″ LU dan Longitud 95° 13′ 00.50″ BT.

Apa yang membuat aku kecewa sebenarnya tugu ni tak semegah yang aku bayangkan. Mula-mula aku rasa macam tugu ni still dalam pembinaan tapi kalau tengok betul betul macam tak ada tanda-tanda pembinaan ni akan di sambung. Nampak macam ianya tugu yang terbengkalai. Entah lah.

Menurut apa yang aku baca pula. Titik Nol yang sebenar bukan terletak di Sabang pun. Tapi ada lagi satu pulau kecil yang dinamakan Pulau Rondo. Kat situ katanya ada lagi satu tugu tapi hanya tugu kecil jer. Pulau Rondo ni kaya dengan harta katanya jadi tak mudahnakmasuk ke pulau itu. Mungkin sebabkan itu Tugu Nol di bina di Sabang.

Dah habis bergambar kami minum petang di tepi tebing tu sambil menjamu mata dengan pemandangan Laut Selat Melaka.

Sebelum check in kat Hotel untuk merehatkan diri kami singgah layan Sunset dekat Iboih Beach. Dinner malam tu pulak kami makan di Resto Kencana. Masakan Indonesia. Serius makanan kat sini antara yang paling aku suka. Sedap kena dengan selera aku.

 

Check in kat The Point Hotel, Sabang

 

Next Day…

 

Pagi-pagi lepas breakfast kami sepatutnya ke Air Terjun Pria Loat. Tapi disebabkan jalan ke sana agak extream dan cuaca agak tidak mengizinkan kami terpaksa cancelkan untuk ke sana. Jadi pagi tu kami ke tempat lain….

 

Continue....

 

SUMMARY

Tempat Menarik

  • Danau Aneuk Loat
  • Tugu I Love Sabang
  • Sarang Cave
  • Tugu Nol Kilometer
  • Tugu Garuda
  • Sunset Iboih Beach

Tempat Makan

  • Putra Ijoe (Danau Aneuk Loat)
  • Resto Kencana

Hotel

  • The Point Hotel Sabang

Info Tambahan

  • Antara tempat ke tempat jauh
  • Kawasan agak sunyi dan berbukit
  • Tambang Ferri dari Aceh ke Sabang Rp100,000 (VIP)

 

Thanks kepada Wonderful Indonesia dan juga Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur untuk trip yang sangat menarik ini.

Destination: 
;