Lokasi Bergambar Bawah Air Paling 'Awesome' Di Yogyakarta, Indonesia!





Siapa antara korang yang gilakan gambar cantik untuk 'upload' di media sosial, mungkin korang patut usha sebuah destinasi pelancongan di Indonesia ni sebab ia satu-satunya taman yang menawarkan 'port selfie' dalam air!

Lokasi pelancongan air ini dinamakan 'Umbul Ponggok' yang terletak di Kampung Ponggok, Klaten, Jawa Tengah dan berhampiran dengan bandar Yogyakarta.

Uniknya kolam yang bersaiz 50×20 meter dengan kedalaman 2.6 meter ini diliputi dengan pasir lautan semulajadi, batu-batuan serta dihiasi ribuan ikan berwarna-warni hingga menjadikan suasana di dalam airnya betul-betul seperti kita sedang berada di dasar laut.

Di Umbul Ponggok ini, pelbagai props disediakan untuk sewaan bagi tujuan bergambar di dalam air seperti khemah, TV, basikal, vespa, kereta dan jetski.

Selain untuk bergambar Instagram, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lain seperti berenang, snorkelling dan juga diving, memandangkan air di kolam tersebut sangat jernih, sejuk serta menyegarkan.

Lokasi Umbul Ponggok: 
Lebih kurang 40km ke utara – timur dari pusat bandar Yogyakarta atau sekitar 1 jam pemanduan.

Pengangkutan: 
Setakat ini tiada sebarang pengangkutan yang menuju khusus ke Umbul Ponggok, namun anda boleh menyewa kereta, motosikal atau mencari ‘tour guide’ sepanjang percutian anda ke sana.

Waktu Operasi: 
Hari Biasa (8 pagi hingga 4 petang)

Sabtu & Ahad (7 pagi hingga 5 petang)

Caj Masuk: 
15,000 Rupiah atau RM4.50

Caj Aktiviti:

Pakej Diving (250,000 Rupiah / RM74)

Walker Diver (150,000 Rupiah / RM45)

Gambar Underwater (60,000 Rupiah / RM18 - 30 MINIT) (100,000 Rupiah / RM30 - 1 JAM)

*semua aktiviti disediakan guides & operators

;