Mengembara Di Toyama Dengan Pelbagai Jenis Pengangkutan Awam

TRAVEL
April 03, 2019 - 12:57 PM


Negara Jepun memang terkenal dengan kecekapan sistem pengangkutan mereka, tidak kiralah sama ada di bandar besar, mahupun kecil mereka sangat mementingkan dan memastikan sistem pengangkutan awam mereka memudahkan perjalanan penduduk mereka untuk menjalankan aktiviti harian.

Sebagai contoh, kita ambil lokasi yang kami highlightkan minggu ini iaitu TOYAMA, Jepun. Kalau nak bersiar-siar di Toyama ni, sangat mudah. Ada pelbagai jenis pengangkutan awam yang tersedia, daripada Trem, hinggalah basikal. Best kan? Ada pelbagai pilihan untuk kita gunakan untuk ‘pusing-pusing’ sekitar Toyama ni.

Jenis Pengangkutan Awam Dan Harga Tambang Di Toyama

TREM

Portram (Toyama Light Rail)

Portram ni agak moden dan futuristik sikit. Selain itu, warnanya memang sengaja dipilih putih untuk melambangkan keputihan salji di pergunungan Tateyama. Toyama Light Rail ini juga merupakan transit aliran ringan yang pertama di Jepun.

Mempunyai trek sejauh 7.6km, ia menghubungkan Stesyen Toyama dan kawasan pantai Iwase. Kekerapan tren adalah 10 minit pada waktu pagi (waktu puncak) dan setiap 15 minit untuk waktu biasa dan 30 minit pada awal pagi dan lewat malam.

Untuk kemudahan warga emas dan orang kurang upaya, disediakan pembantu tram untuk membantu mereka selain bertindak sebagai ‘pemandu pelancong’ dengan memberikan info berkenaan tempat-tempat tarikan disana.

Harga : Dewasa ¥200 (RM7.30) Kanak-Kanak ¥100 (RM3.70)

Ada juga disediakan pas harian tanpa had untuk kesemua jenis tram iaitu ¥800 (RM30) untuk dewasa dan ¥410 (RM15) untuk kanak-kanak.

Tiket boleh didapatkan di pejabat jualan di Dentersu Toyama Station atau di pusat informasi pelancong Toyama.

 

Centram (City Loop Line)

Tram kedua di Toyama adalah centram atau city tram. Kalau tram ni, dia menghubungkan stesyen Toyama dan Toyama City, satu pusingan lebih kurang 30 minit dan dia ada 3 warna iaitu hitam, putih dan silver.

Kalau perasan tram di Toyama ni memang disediakan dengan tingkap yang luas untuk penumpang menikmati pemandangan setempat terutamanya bila dia melalui kawasan pergunungan Tateyama, Istana Toyama dan lain-lain.

Harga : Dewasa Dewasa ¥200 (RM7.30) Kanak-Kanak ¥100 (RM3.70)

Sama juga dengan portram tadi ada disediakan pas satu hari tanpa had. Harga sama macam di atas. iaitu; ¥800 (RM30) untuk dewasa dan ¥410 (RM15) untuk kanak-kanak.

BAS

Toyama City Tour Bus “Gurutto Bus”

Kalau ke Toyama dengan tujuan untuk sightseeing, naiklah gurutto bus ni. Memang disediakan untuk membawa penumpang ke tempat-tempat tarikan di Toyama.

Peta Laluan Bas :

Harga : Dewasa Dewasa ¥200 (RM7.30) Kanak-Kanak ¥100 (RM3.70) per ride. Sekali naik.

Untuk pas harian dengan unlimited ride, harga adalah ¥700 (RM26) Kanak-Kanak ¥350 (RM13)

Tiket boleh dibeli di Toyama Chitetsu Ticket Center, Toyama Chitetsu Information Desk atau dibeli di atas bas Gurutto.

 

BASIKAL

Perkhidmatan Sewa Basikal (Cyclocity – Toyama)

Cyclocity ni adalah perkhidmatan perkongsian basikal, kalau dekat Malaysia ni macam OBike lah kiranya. Di Toyama, ada 20 stesyen untuk korang mendapatkan basikal tersebut.

Harga :

Untuk permulaan adalah ¥150/24 jam + ¥350 deposit. Deposti ni akan dipulangkan selepas pemulangan kad sewa basikal tersebut. Total RM18 lah kiranya. Pecahan dia, RM5 untuk sehari.

Itu harga awal, tak termasuk harga penggunaan ye. Untuk penggunaan, dia dicas macam ni; 30 minit pertama, PERCUMA. Penggunaan 1 jam atau kurang selepas 30 minit pertama tu adalah ¥200 (7.30) Jika penggunaan lebih dari satu jam, casnya adalah ¥500 (7.30) untuk 30 minit.

Cara pengiraannya adalah dari waktu basikal diambil dari stesyen yang disediakan sehinggalah dipulangkan di mana-mana stesyen basikal tersebut.

Leceh sikit lah nak guna basikal sebab kena isi borang dan sertakan passport untuk bukti.

 

KERETAPI

 

Rangkaian keretapi di Toyama ni dia menghubungkan pusat bandar dan destinasi pelancongan dalam dan luar bandar di Toyama.

Kalau nak diikutkan, ada 3 laluan utama iaitu Main Line, Tateyama Line dan Fujikoshi – Kamidaki Line.

Untuk harga, boleh rujuk di sini : Toyama Chihou Railway

SEWA KERETA / TEKSI

Kalau nak cuba memandu sendiri di Jepun, bolehlah sewa kereta. Tak perlu terkejar dengan jadual keretapi dan sebagainya.

Untuk sewaan kereta, ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut di sekitar Toyama Station.

Untuk teksi pulak, ini lebih menguntungkan sebab secara tak langsung pemandu teksi tersebut akan memberikan pelbagai info berkenaan tempat yang kita nak tuju. Memang dah tersedia ‘route’ mereka. Kita Cuma pilih yang mana sesuai dengan bajet sahaja.

Sumber Rujukan : Toyama Net

12 TARIKAN MENARIK DI TOYAMA, JEPUN

TATEYAMA - ALPINE ROUTE, TARIKAN TOYAMA YANG HANYA DIBUKA PADA APRIL