Pasangan Kucing Ini Mula Melancong Keliling Jepun Sejak 8 Tahun Lepas

April 26, 2019 - 01:40 PM


Siapa kata manusia je boleh jadi kaki travel?

Haiwan pun boleh tau sebab sah-sah dorang pun dikurniakan sepasang kaki untuk berjalan-jalan ke negara orang. Hehehe...

Buktinya ada sepasang kucing bertuah yang bernama Daikichi dan Fuku-Chan di mana hobi mereka travel bersama tuannya yang juga seorang kaki jalan ke 47 wilayah dan lebih 1,000 destinasi pelancongan di seluruh Jepun termasuk ke Gunung Fuji.

Kalau korang nak tahu, 2 ekor kucing comel ini memang popular dan siap ada akaun Instagram mereka sendiri iaitu the.traveling.cats yang kini sudah mempunyai lebih 8,000 followers!

Daikichi dan Fuku-Chan ini sebenarnya telah mula melancong ke seluruh Negara Matahari Terbit itu sejak 8 tahun lepas dengan tuan mereka, Daisuke Nakagawa yang juga seorang CEO sebuah syarikat teknologi.

Permulaan kepada hobi melancong kucing ini adalah pada tahun 2011 apabila Daikichi yang asalnya seekor kucing liar selalu bertindak agresif setiap kali ditinggalkan tuannya untuk urusan kerja ke luar daerah.

Oleh kerana itu, Nagasawa turut membawa Daikichi dan seekor kucing lagi iaitu Fuku-Chan untuk menemani dalam setiap trip outstationnya, yang akhirnya tercetus idea bagi membawa kedua-dua kucing peliharaan itu berjalan-jalan ke seluruh Jepun.

Setiap kali melancong, Nagasawa menggunakan kereta sorong bayi dan beg galas untuk memudahkan pergerakan mereka, selain menempatkan bahan keperluan kucing-kucingnya agar si bulus itu selesa sepanjang perjalanan dan dapat menikmati pemandangan indah sama seperti manusia.

Bertuahnya kucing ini dapat tuan yang sangat penyayang dan prihatin macam Nagasawa, kan?

Biasanya, Nagasawa juga akan memastikan destinasi yang ditujui mereka dilengkapi tempat penginapan mesra haiwan peliharaan seperti Hotel Kyukamura Fuji ketika berkunjung ke tanah tinggi tersebut.

Selain Fuji, Daikichi dan Fuku-Chan juga pernah menjejakkan kaki ke Gunung Kashima-Yarigatake serta menikmati keindahan cherry blossoms di Hitachi Fudoki Hill Park.

 

Sudahlah dibawa berjalan-jalan, malah tuan mereka pun sangat menghargai binatang peliharaannya ini dengan mengabadikan setiap momen-momen perjalanan mereka sebagai kenangan indah dan manis untuk disimpan. Terbaiklah!

Destination: