Pengalaman Percutian Mewah Di Pulau Persendirian Paradise 101, Langkawi

August 29, 2019 - 12:38 PM


Terletak berhadapan atau berdekatan dengan kawasan Telaga Harbour Marina, terdapat sebuah pulau persendirian yang dipanggil Paradise 101.

Untuk kesini, ada beberapa pakej yang akan menyediakan dan mengaturkan kenderaan dari hotel dan ke hotel untuk pakej Platinum atau dari Cenang Mall ke Pulau.  Setibanya di jeti, anda akan dibawa menaiki bot selama 10 minit untuk tiba di Paradise 101.

Berlatarbelakangkan Laut Andaman, Paradise 101 menjanjikan pulau eksklusif untuk anda memanjakan diri dengan pelbagai perkhidmatan serta layanan serba mewah. Di sini, anda akan dikelilingi oleh pantai putih dan menjanjikan pemandangan yang sangat indah.

Play, Relax, Refresh

Tiga faktor ini menjadi keutamaan di Paradise 101. Setibanya di pulau ini, anda akan disambut dengan keramahan pekerja serta ‘welcoming drink’ dan tuala sejuk untuk memberikan kesegaran kepada pengunjung. 

Dari segi aktiviti, terdapat pelbagai aktiviti menarik, aktiviti lasak serta aktiviti air yang boleh dilakukan oleh semua pengunjung tidak kira peringkat umur.

Antara aktiviti yang disediakan di Paradise 101 ini termasuklah ; Banana Boat, Aqua Park, Berkayak, Zipline, Jetski dan pelbagai lagi.

Kesemua aktiviti ini tersedia disini, namun ianya berbeza mengikut pakej yang diambil. Boleh rujuk senarai harga disini :

Menariknya, selain boleh datang dengan keluarga, korang boleh dapatkan akses privasi sepenuhnya dengan cara sewa keseluruhan pulau! Ya, keseluruhan pulau ini boleh disewa khas untuk anda dan keluarga atau kawan-kawan anda sahaja.

Untuk percutian romantis, boleh juga kalau anda nak rasakan pengalaman sunset dinner. Disini, salah satu daripada tarikannya adalah sunset deck. 

Selain itu, ada juga pelbagai kemudahan yang disediakan seperti dewan, restoran, bilik mesyuarat dan lain-lain. Jadi, kalau nak buat team building pun sesuai sangat disini.

Kalau korang nak adakan perkahwinan pun boleh tau!

Untuk maklumat lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan, boleh ke laman web Paradise 101.

Destination: