Suka Travel Ke Tempat Bersejarah? Jom Ke 5 Bandar Paling Bersejarah Di Asia Tenggara





Asia Tenggara boleh dikatakan sebagai rantau yang mempunyai banyak bandar atau kota lama yang pernah menjadi sebagai tempat mulanya tamadun ataupun sejarah sesuatu tempat atau negara.

Selain tempat bersejarah, terdapat juga barangan-barangan peninggalan seperti artifak mahupun bangunan yang ada di bandar-bandar sekitar Asia Tenggara, ini secara tak langsung  ‘meningkatkan’ lagi nilai sejarah bandar-bandar tersebut.

5 bandar yang akan diceritakan ini mempunyai cerita menarik masing-masing;

#1. Melaka, Malaysia

Sebagai sebuah bandar yang mempunyai status Tapak Warisan Dunia dari UNESCO, Melaka merupakan salah sebuah lokasi popular dalam kalangan pelancong baik luar negeri dan luar negeri.

Dahulu, Melaka merupakan tempat kesultanan tertua dan kedudukannya yang strategik di Selat Melaka membuatkan ia sebagai salah sebuah tempat persinggahan pedagang dan merupakan kawasan pelabuhan yang sangat sibuk dengan kehadiran pedagang dari China, India dan negara Arab.

Pada 1511, ia dijajah oleh Portugis, kemudian Belanda pada 1641 sebelum jatuh ke tangan British pada kurun ke-19. Oleh sebab 3 kali dijajah, kita boleh saksikan ketiga-tiga bangunan yang pernah diduduki atau dimina pada zaman mereka menjajah.

Antaranya, semestinya Kota A’Famosa dan Gereja St Paul yang ditinggalkan Portugus, Stadthus peninggalan Belanda yang kini dijadikan muzium.

 

#2. Bagan, Myanmar

Ibukota purba Bagan merupakan pusat kerajaan Pagan yang berlangsung dari abad ke-9 hingga ke-13. Hari ini, ia sangat terkenal sebagai tempat tarikan untuk menaiki belon udara panas.

Selain itu, pengunjung ke Bagan masih boleh melihat peninggalan bekas bengunan lama yang juga ada menyimpan barang peninggalan suci dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, tak ramai yang memilih untuk ke Bagan. Entah apa sebabnya. Korang patut ke Bagan sebab walaupun sedang dibangunkan, peninggalan sejarah ni satu pun tak terusik.

BACA JUGA6 Destinasi Di Asia Tenggara Untuk Anda Yang Tidak Suka Bersesak

#3. Manila, Filipina

Dijajah oleh Sepanyol hampir daripada 300 tahun, tidak hairanlah kenapa pengaruh Sepanyol dalam budaya Filipina sangat kuat. Daripada struktur binaan, sehinggalah kepada makanan dan bahasa.

Kalau korang memang nak mendalami warisan peninggalan Sepanyol di Manila ni, korang boleh ke kawasan Intramuros, juga dikenali sebagai ‘Walled City’. Sini merupakan pusat pemerintahan kerajaan Sepanyol semasa menakluk Filipina dahulu.

Hari ini, masih boleh dilihat binaan batu tinggi, kubu dan bangunan seperti Fort Santiago yang pernah memenjarakan ikon sejarah Filipina iaitu Jose Rizal sebelum dihukum bunuh.

Selain itu, terdapat juga gereja San Agustin yang menyimpan pelbagai hasil seni berasaskan keagamaan dan juga artifak. Jika berada disini, boleh dapat ‘feel’ ala-ala bandar di Sepanyol pada kurun ke 17 tau!

 

#4. Hoi An, Vietnam

Kalau nak mendapatkan pengalaman atau perasaan berada di salah sebuah pelabuhan yang tersibuk dari kurun ke 15 hingga 17, datanglah ke kota lama Hoi An, yang masih mempunyai binaan-binaan lama yang dijaga rapi.

Hasil binaan purba dengan pelbagai warna yang menarik menyerlahkan lagi binaan yang berunsurkan pengaruh luar tersebut.

Antara yang menjadi tumpuan di bandar ini adalah rumah ‘tube’ Vietnam yang mempunyai seni reka binaan Perancis dan juga jambatan yang dibina oleh Jepun yang mesti akan terpapar pada kebanyakan gambar, ukiran dan sebagainya.

 

#5. Yogyakarta, Indonesia

Salah sebuah lokasi tumpuan yang mempunyai pengaruh Bhudda dan Hindu yang agak kuat adalah di Yogyakarta. Kepada siapa yang memang minat sejarah dan kebudayaan, Yogya atau orang kita sebut Jogja adalah destinasi terbaik!

Aktiviti popular Jogja biasanya adalah menikmati pemandangan matahari terbenam di Candi Borobudur dan menikmati panorama bangunan Stupa disana dilimpahi cahaya matahari yang cantik ketika senja.

Berdekatan dengan pusat bandar Jogja pula, terdapat kuil Hindu yang telah wujud sejak kurun ke 9 lagi iaitu, Candi Prambanan. Selain itu, boleh cuba melawat ke Kraton, istana yang sekarang ini masih diduduki oleh golongan diraja Yogyakarta.

;