Taiping Diiktiraf Sebagai Bandar Ketiga Terbaik Dunia!

March 08, 2019 - 03:26 PM


Siapa di sini orang Taiping atau biasa disebut ‘Tepeng’?

Korang mesti bangga bila dengar bandar warisan Taiping sekali lagi mengharumkan nama Malaysia selepas dinobatkan sebagai ‘Bandar Ketiga Terbaik Di Dunia’ menerusi Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2019 yang berlangsung di ITB Berlin, Jerman, semalam.

Fuhhh…hebatlah Taiping!!!

Dengan anugerah berprestij dan bertaraf dunia yang julung kali diterima itu,  pastinya seluruh komuniti, termasuk agensi berkuasa dan pelancongan bakal melipat gandakan usaha bagi lebih melestarikan bandar berkenaan.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Taiping pun pernah menerima beberapa anugerah lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antaranya ‘Best Destination Manager 2016’ yang dianugerahkan Lembaga Penggalakan Pelancongan Bandar Raya Asia Pasifik dan Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2017 dalam kategori Destinasi Pelancongan Warisan, malah tahun lepas bandar itu juga tersenarai antara 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia.

Jadi, pada siapa yang belum pernah melawat Taiping, banyak tempat pelancongan yang boleh korang kunjungi seperti Hutan Paya Larut Matang, Kampung Dew, Kuala Sepetang, Kuala Trong, Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping & Night Safari serta Batu Kurau.

Baca juga : Top 15 Tempat Menarik Di Taiping Perak
 

Destination: